Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Para KL2017: Abdul Latif...

KUALA LUMPUR - Juara dunia, Abdul Latif Romly menunjukkan belang di laman sendiri setelah berjaya mempertahankan...

Bot Nelayan Ditahan Tangkap...

KUALA PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perlis menahan sebuah bot nelayan...

Ketua Samseng Geng Pam...

IPOH – Seorang penjenayah yang sangat dikehendaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan...

5 Kebaikan & Keburukan...

JARAK usia 35 tahun antara Dato' Jamal Abdillah,60, dan isteri yang baru dinikahinya...

Saudi Anjur Maraton Pertama Disertai Wanita Sahaja

RIYADH – Arab Saudi kembali melakar sejarah. Kali ini, negara terbesar di rantau Asia Barat itu menganjurkan acara maraton pertama kalinya khusus untuk wanita yang berlangsung Sabtu lalu.

Media tempatan melaporkan, perlumbaan dikenali sebagai Al-Ahsa Run itu bagaimanapun hanya melibatkan jarak sejauh tiga kilometer di sekitar bandar oasis dekat Teluk Parsi yang terkenal dengan 30 juta pokok kurma tersebut.

Meskipun Al-Ahsa terletak 495 kilometer dari ibu kota Riyadh, acara julung kali dalam sejarah itu bahkan menerima sambutan luar jangkaan dengan disertai 1,500 pelari dalam pelbagai kategori termasuk profesional dan amatur.

Uniknya, semua peserta waima dari luar negara tampil tanpa dedah aurat dengan hijab dan berjubah labuh warna gelap, bahkan ada memakai niqab untuk melindungi muka di sebalik laluan kering berdebu akibat cuaca panas.

Ia menerima tajaan Ketua Pengarah Sukan Arab Saudi, Hospital al-Moosa dan Kerajaan Wilayah Al Ahsa. Bulan lalu pihak berkuasa mengumumkan wanita tempatan boleh sertai Maraton Antarabangsa Riyadh mulai tahun depan.

Langkah itu susulan kelonggaran dasar kerajaan membenarkan wanita Arab Saudi menjadi penonton di stadium bermula sambutan Hari Kebangsaan pada 23 September lalu, sekali gus mengubah polisi negara itu sejak 1932.


Malah golongan itu kemudian dibenarkan memandu kenderaan mulai Jun depan selain boleh menyertai pasukan keselamatan dan menjalankan operasi perniagaan di kedai sendiri tanpa perlu kebenaran suami atau saudara lelaki.

Apa yang menarik, maraton berskala mini di bandar Al-Ahsa itu menyaksikan peserta Arab Saudi, Mizna al-Nassar muncul juara mengalahkan lawan dari Amerika Syarikat dan Taiwan masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Jurutera yang berusia 28 tahun itu dipetik laman berita tempatan Sabq, turut bercita-cita hendak menjadi atlet mewakili Arab Saudi pada Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun dan sudah berlatih sejak 2014.

Mizna bahkan dilaporkan berkata, dia mendapat sokongan penuh ahli keluarganya sendiri selain turut mengikuti diet ditetapkan pakar profesional dan menjalani latihan intensif berkala. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori