Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Pengakuan Bersalah Daripada...

PETALING JAYA – “Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah...

Watson Nyambek Marah Status...

MIRI - Pemegang rekod kebangsaan 100 meter, Watson Nyambek, menyuarakan kekecewaannya tentang sebuah...

JBPM Beku 11,200 Cuti...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti 11,200 anggotanya di...

Wan Azizah Hanya Boneka...

AKHIRNYA terbukti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat seperti...

Saya Datang Ke KL Untuk Melancong, Bukan Bunuh

KUALA LUMPUR – Tertuduh keempat dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia datang ke Kuala Lumpur, dua hari sebelum Kevin Morais dilaporkan hilang, adalah untuk melancong, bukannya untuk membunuh lelaki itu.

A.K Thinesh Kumar, 25, berkata dia datang dari Kedah ke Kuala Lumpur pada malam 2 September 2015, buat kali pertama ke ibu negara itu juga bertujuan untuk menghantar datuk rakannya, S.Nimalan, yang merupakan tertuduh keenam dalam kes itu.

“Saya datang membawa datuk Nimalan ke Kuala Lumpur dari Kedah untuk hantar dia naik ‘flight’ ke India.

“Ini kali pertama saya datang ke Kuala Lumpur dan saya ingin melancong di sekitar Kuala Lumpur. Ini adalah sebab kenapa saya datang ke Kuala Lumpur,” katanya yang memberitahu dia datang ke Kuala Lumpur bersama Nimalan, datuk Nimalan, tertuduh ketujuh, S.Ravi Chandaran dan tertuduh kelima, M.Vishwanath.

Thinesh Kumar yang merupakan saksi pembelaan ketiga berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguam V.Rajehgopal pada hari kelima prosiding membela diri.

Semasa pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, tertuduh berkata dia tidak mengetahui bahawa kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dinaikinya bersama Nimalan, Vishwanath dan tertuduh ketiga R. Dinishwaran ketika dalam perjalanan ke hotel pada 4 September 2015 terlibat dalam satu perlanggaran dengan kenderaan Kevin Morais.

Thinesh Kumar bersetuju dengan cadangan Saiful Edris bahawa hanya Nimalan dan Vishwanath yang mengetahui sepenuhnya mengenai perlanggaran itu kerana dia dan Dinishwaran tertidur sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Lelaki itu juga bersetuju dengan cadangan bahawa dia mahu menuding jari ke arah Nimalan mengenai perlanggaran itu kerana Nimalan yang memandu kereta Triton berkenaan.


Kepada soalan Rajehgopal ketika pemeriksaan semula, Thinesh Kumar menjelaskan alasan dia bersetuju dengan cadangan Saiful Edris itu adalah kerana dia tidak mengetahui apa-apa mengenai perlanggaran itu kerana sedang tidur dan mabuk.

“Kerana saya masa itu mabuk, minum arak dan tidak cukup tidur, saya mabuk teruk, saya tidak sedar. Sebab itu saya tidak tahu apa-apa. Nimalan dan Vishwanath minum arak sedikit sahaja, mereka sedar, sebab itu saya katakan hanya mereka sahaja yang tahu.

“Saya bukan nak selamatkan diri saya dan saya tolak (menuding) perkara ini kepada mereka,” katanya.

Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan, 25, Ravi Chandaran, 47, dan doktor tentera Kolonel Dr R.Kunaseegaran, 55, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Kategori