Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Menang Kerusi...

PERMATANG PAUH - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang...

Pakatan Umum Dewan Himpunan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengumumkan bangunan Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur sebagai...

Ubatan Tradisional, Kosmetik Dari...

Polis Marin Pelabuhan Klang merampas sebanyak 30,202 ubatan tradisional, kosmetik dan jamu pelbagai...

Jual Equanimity Bukan Tugas...

PETALING JAYA - Dengan Mahkamah Admiralti memberikan kebenaran kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB)...

“Saya Mengalah Pada Ketentuan Allah” – Elfira Loy

KISAH putus ikatan pertunangan antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy masih menjadi bualan hangat hingga ke hari ini.

Terbaru, Elfira telah berkongsi sekeping gambar beserta kepsyen panjang lebar yang telah menarik perhatian ramai.

Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 24 tahun itu dilihat seolah-olah cuba meluahkan apa yang terpendam dan berbuku di dada.

“Saya mengalah. Saya tak mahu lagi mengawal dan buat keadaan seperti biasa lagi. Kalau anda hendak buat apa yang anda rasa okay, teruskanlah. Tak mengapa, saya percaya kepada Allah,” tulis Elfira menerusi entri tersebut.

Luahan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata beranggapan ia ditujukan kepada spekulasi dan pelbagai dakwaan yang tersebar berhubung episod putus tunangnya dengan Sufian.


Malah, terdapat juga segelintir pihak mendakwa luahan itu merujuk kepada kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sufian baru-baru ini di media sosial.

Pun begitu, perkara ini masih belum dapat dipastikan lagi akan kesahihan dan maksud sebenar luahan tersebut hanya diketahui oleh Elfira sendiri sahaja. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori