Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Autisme Selamat Rakan...

New York - Seorang remaja berusia 13 tahun yang menghidap autisme menyelamatkan rakan...

TPM Imbas DAP Angkuh...

BENCANA dahsyat seperti banjir terburuk dalam sejarah yang menimpa Pulau Pinang pada minggu...

Tengku Hassanal Warisi Sifat...

KUANTAN - Ibarat ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, begitulah gambaran...

Kos Umrah Melonjak: MOTAC...

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sekali lagi diminta agar segera ‘campur...

Sebutan Kes Dadah Sofi Jikan Ditetapkan 11 April

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC, Februari lalu.

Majistret Nurulhuda Zakariya menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC..

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 11.15 malam, 6 Februari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada peguam mewakili pelakon itu, Datuk Haniff Hassan. – BERNAMA

Kategori