Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jentayu Perlu Tunjuk Kemampuan...

KUALA LUMPUR -- Seorang Ahli Parlimen UMNO meminta sebuah syarikat yang hanya baru...

Foto Majlis Akikah Anak...

BEKAS anggota kumpulan Elite, Linda Rafar dan suami, Syed Aiman hari ini mengadakan...

Kostum Famili Timberlake Jadi...

TANGGAL 31 Oktober setiap tahun, perayaan Halloween diraikan dengan penuh meriah di kebanyakan...

Puspakom Nafi Staf Mekanik...

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menafikan mekaniknya terlibat dalam kegiatan lumba...

Semak Maklumat Undi Seminggu Sebelum PRU

KUALA LUMPUR – Pemilih berdaftar diminta membuat semakan maklumat pengundian selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelakkan sebarang masalah berhubung tempat mengundi.

Ketua Program Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khadijah Ishak berkata antara masalah yang dijangka berlaku termasuk perubahan tempat mengundi khususnya kepada pemilih berdaftar yang bertukar alamat.

Beliau berkata, jika usul persempadanan semula bahagian pilihan raya dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat serta diguna pakai untuk PRU14, terdapat kemungkinan berlaku perubahan tempat mengundi kepada sebahagian pemilih berdaftar.

“Contohnya, sebelum ini undi di sekolah A, tetapi sebab ada persempadanan baru jika diguna pakai, mungkin bertukar ke sekolah B atau sekolah C. Jadi dia tak boleh jangka (PRU) lima tahun lepas dia di sekolah A, tidak semestinya PRU kali ini mengundi di tempat sama.

“Sebab itu semakan perlu dibuat dan menjadi tanggungjawab kepada pengundi itu sendiri bagi memudahkan semasa hari pengundian,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu ‘Nine11’ terbitan Bernama News Channel di sini, hari ini.

Khadijah berkata meskipun barung semakan SPR disediakan di tempat-tempat mengundi, namun ia hanya menyediakan perkhidmatan menyemak nombor saluran mengundi, bukan untuk semakan daftar pemilih.

Beliau berkata semakan boleh dibuat sama ada menerusi aplikasi mudah alih My SPR Semak, menghubungi talian 03-88927018 atau mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri, semakan di portal rasmi SPR atau menerusi SMS dengan menaip SPRNo. kad pengenalan dan SMS ke talian 15888.


Sementara itu beliau berkata Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan melancarkan Kempen Jom Semak dan Jom Undi di Universiti Malaysia Perlis pada Rabu ini (21 Mac) untuk memberi kesedaran kepada pengundi mengenai tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi.

“Objektif utama kempen ini adalah menyasarkan agar tahap kesedaran pemilih terhadap kepentingan mengundi meningkat dan mencapai sasaran 85 peratus pengundi akan keluar mengundi pada PRU14,” katanya.

Sehingga Suku Tahun Keempat 2017, SPR merekodkan seramai 14,968,304 pemilih berdaftar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori