Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Kini Bergelar...

SATU demi satu berita gembira hadir buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti...

Balas Dendam Yang Memuaskan...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad menyifatkan kejayaan mengalahkan bekas juara...

Doktor Kontrak, Sijil Vaksin...

KUALA LUMPUR - Perancangan masa depan untuk doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang...

China Tarik Diri Anjur...

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan China menarik diri daripada menjadi tuan rumah...

Semua Pendaki Gunung Kinabalu Selamat Turun

KUNDASANG – Semua pendaki Gunung Kinabalu termasuk kakitangan yang bertugas selamat turun dari Laban Rata Resthouse awal pagi ini susulan gempa bumi sederhana malam tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 4.30 pagi melibatkan 239 orang, termasuk 130 pendaki di Laban Rata, yang merupakan titik persinggahan pendaki sebelum melanjutkan pendakian ke puncak gunung.

“Ekoran gempa bumi tersebut, pihak APM bersama agensi penyelamat lain bekerjasama untuk membantu usaha menyelamat pendaki serta kakitangan bertugas turun dari Laban Rata menuju ke tempat selamat di Timpohon Gate (titik permulaan pendakian),” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Ranau pukul 9.06 malam tadi.

Tindakan membawa turun pendaki bermula sejak kira-kira 9.40 malam yang dipimpin oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar). – BERNAMA

Kategori