Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bila Izzue Islam Tolak...

Ramai yang memuji pendirian pelakon popular yang juga anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue...

Kadar Tol Mungkin Boleh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, kadar tol mungkin boleh...

70 Sertai Asian Women’s...

PUTRAJAYA - Seramai 70 penunggang wanita dari negara Asia termasuk Malaysia hari ini...

Perlu Terima Strategi Kerajaan...

PUTRAJAYA - Strategi yang digariskan kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta usaha...

“Semua Wanita Nak Bahagia, Hormat Hak Orang Lain”

ISU keruntuhan rumah tangga antara suami pelakon Izreen Azminda, Ude dengan Intan Liyana yang merupakan isteri pertamanya membuatkan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah turut terkesan.

BACA: “Dia Sudah Jumpa Yang Lebih Baik” – Intan Liyana

JUGA: “Izreen Tak Pernah Campur Urusan Saya, Intan” – Ude

Sebelum ini Bella atau nama sebenanrya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 24, turut merasai saat dirinya ‘diduakan’ selepas kes Aliff kantoi bersama dengan aktor Afifah Nasir terbongkar sekitar Julai tahun lalu.

“Betul ia melibatkan dua pihak tapi dari awal berjumpa mesti sudah tahu suami orang, seharusnya kita tahu limit kita, sebolehnya jauhkan diri dan jaga kelakuan kita.

“Hormatilah hak orang lain terutamanya sesama wanita dan kebahagian orang,” tulisnya menerusi salah satu ruangan komen dalam Instagram milik mStar Online.

Isu rumah tangga Bella dan Aliff mendapat perhatian kebanyakan masyarakat serta turut dijadikan sebagai pengajaran kepada ramai orang malahan sifat Bella yang penyabar itu turut dipuji.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Bella itu merupakan pengalamanya sebelum ini ketika Aliff berlaku curang selepas tamat penggambaran sebuah drama bersama dengan Afifah.

Namun disebabkan kejadian itu, rumah tangga mereka kini lebih bahagia ditambah pula dengan persefahaman yang telah dicapai oleh kedua-dua pasangan.

Lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean dan ianya turut menguatkan lagi ikatan rumah tangga mereka.


Proses lafaz cerai antara Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid bersama dengan Intan Liyana sepatutnya disebut pada Rabu lalu tetapi ia telah ditangguhkan kepada tarikh lain iaitu 22 Mac depan.

Hal itu disebabkan kerana permohonan dibuat oleh peguam wakil daripada pihak Ude sendiri iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang memberi alasan bahawa terdapat beberapa perkara selepas penceraian perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Permohonan cerai terhadap Intan sudah difailkan oleh Ude pada 30 November tahun lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas dia bernikah secara rahsia dengan Izreen pada 8 Ogos tahun yang sama.

Hasil perkahwinan Ude bersama Intan yang sudah berusia lima tahun itu telah diwarnai dengan kehadiran dua putera mereka iaiu Arish Muqri, 3, dan Arid Muqriz, 1.

Bagaimanapun, Intan tetap reda dan akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh suaminya itu.

Mudah-mudahan ibu kepada dua cahaya mata itu dapat bersabar dan semua yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori