Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Uber: Sebaik Penumpang Wanita...

GEORGE TOWN - Sebaik saja seorang penumpang wanita memasuki teksinya, pemandu terus membuka...

Pelaksanaan GST Tidak Jejas...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan memberi impak...

Dadah Bernilai RM1.4 Juta...

KUCHING - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Daerah Kuching merampas dadah bernilai kira-kira...

10 April Sebutan Semula...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan 10 April bagi sebutan...

Sepanduk Rajinikanth Langgar Arahan Mahkamah

BARISAN sepanduk dan papan tanda menghebahkan kehadiran pelakon yang kini ceburi bidang politik, Rajinikanth membanjiri beberapa kilometer laluan ke Universiti Dr. MGR di Tamil Nadu.

Senario itu namun melanggar perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi Madras mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang gantung sepanduk dan papan tanda secara haram.

Perintah itu dikeluarkan susulan kematian seorang lelaki selepas dihempap sepanduk tersebut di Jalan Chennai Poonamalee pada 1 Mac lalu.

Poster yang dipasang itu bagi meraikan kehadiran pelakon terkenal itu sebagai tetamu kehormat ke universiti berkenaan, sekali gus bakal merasmikan patung bekas Ketua Menteri negeri itu, MG Ramachandran.

Pemasangan poster dan sepanduk adalah senario biasa di Tamil Nadu, bagaimanapun selepas insiden yang menyebabkan yang meragut nyawa seorang lelaki itu, mahkamah telah membuat ketetapan.

Ia sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan Tamil Nadu, pihak berkuasa tempatan dan juga pasukan polis negeri itu yang mendesak mereka mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.


Susulan itu, polis Chennai telah mengambil langkah menurunkan semua sepanduk berkenaan bagi menghormati perintah mahkamah.

Bagaimanapun, laluan berhampiran universiti berkenaan telah dipasang sepanduk gergasi Rajinikanth dan MGR bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat itu.

Malahan, tindakan peminat pelakon itu memasang sepanduk berkenaan telah menyebabkan Rajinikanth dikritik hebat. – IndiaToday/mStar Online

Kategori