Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Persenda Wanita Tua, Ahli...

GARA-gara tindakannya menghina dan memalukan seorang wanita tua, seorang ahli bina badan dari...

10 Kontak Kes Zika...

KOTA KINABALU - Sepuluh orang yang ada kontak dengan kes Zika tempatan pertama...

“Penyewa Rumah Perangai Macam...

SEBAGAI penyewa, adalah menjadi tanggungjawab untuk menjaga rumah yang disewa dengan baik dan...

30,000 Calon Rebut Jawatan...

KUALA LUMPUR - Seramai 30,810 calon akan menduduki sesi temuduga bagi mengisi jawatan...

Serangan Afghanistan Ragut Nyawa Sekurang-Kurangnya 71 Militan

KABUL – Sekurang-kurangnya 71 militan terbunuh manakala 34 lagi cedera dalam beberapa pertempuran dengan pasukan keselamatan Afghanistan dan seranga udara dalam tempoh 24 jam lepas, lapor agensi berita China Xinhua.

Daripada jumlah itu, 14 adalah dari kumpulan militan Daesh manakala bakinya dari kumpulan Taliban, demikian menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Afghanistan pada Jumaat.

Empat militan ditahan selepas tentera Afghanistan melancarkan tujuh operasi pembersihan dan 70 operasi khas di sembilan daripada 34 wilayah dalam negara itu.

Anggota militan yang ditahan termasuk seorang pejuang wanita Daesh dari Perancis. dia ditahan di daerah Darzab di utara wilayahh Jawzjan pada Khamis.


Angkatan Tentera Afghanistan melakukan 70 penerbangan sokongan dan 14 serangan udara yang memusnahkan beberapa tempat persembunyian militan. Pasukan keselamatan merampas senjata dan peluru serta mematikan berpuluh-puluh periuk api dan bom yang diletak di tepi jalan. – BERNAMA

Kategori