IPOH – Sesi pengendalian simulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Perak yang berlangsung pada 10 hingga 25 Mac lepas telah berjalan dengan lancar, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, sesi percubaan membabitkan 24 kawasan Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu āāāāāā telah dikendalikan oleh setiap bahagian masing-masing di negeri ini.
āKita telah membuat segala persiapan dan boleh saya katakan bahawa BN sudah pun bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Semasa simulasi, ia bagaikan satu proses ujian yang mana anda perlu mengenal pasti kelemahan dan bagaimana hendak mencari kaedah terbaik untuk memperbaikinya,ā katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata BN Perak mempunyai strategi perancangan tersendiri dalam memastikan jumlah kerusi sekarang akan bertambah pada PRU14 nanti.
āMahu tidak mahu kita perlu bekerja keras memastikan supaya kemenangan berada di tangan BN dan seterusnya membentuk kerajaan,ā katanya tanpa mahu mengulas berapa banyak kerusi yang akan ditambah.
Selain itu, Zambry berkata BN Perak telah menyusun pendekatan yang sebaik-baiknya bagi menghadapi pilihan raya akan datang dan melihat isu-isu yang dibangkitkan pembangkang pada waktu ini. – BERNAMA