Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Erat Hubungan, Mira Ada...

BAGI meraikan kesetiaan peminat, pelakon dan pengacara yang murah dengan senyuman, Mira Filzah...

Polis Sahkan 24 Maut...

KUALA LUMPUR - Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat...

Kerajaan Perlu Kaji Projek...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerajaan...

Malaysia Naik Ke Tangga...

KUALA LUMPUR - Malaysia naik tiga anak tangga dan berada pada kedudukan ke-155...

Siapa Mengundi, Dapat Pergi Umrah Percuma

TAWARAN bukan calang-calang iaitu sebanyak 500 tiket percuma, kos murah untuk mengerjakan haji dan lawatan ke mana-mana tempat yang diingini bakal diberikan kepada penduduk.

Itulah ganjaran diberikan di wilayah Matrouh, barat laut Mesir untuk mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Presiden Mesir 2018 sekali gus layak menyertaiĀ cabutan bertuah yang menawarkan hadiah istimewa berkenaan.

Lapor akhbar tempatan, pihak pentadbiran wilayah Matrouh dengan kerjasama beberapa ahli perniagaan terkemuka dengan beraninya membuat tawaran tersebut ekoran seruan boikot pilihan raya itu yang didakwa tidak bersih.

Ancaman tersebut dibuat oleh beberapa pemimpin pembangkang yang dipenjarakan dan yang dipaksa menarik diri daripada menentang ketua perampas kuasa yang kini menjadi Presiden Mesir, Jeneral Abdel Fattah el-Sisi.

Abdel Fattah el-Sisi

Antaranya bekas Perdana Menteri era Hosni Mubarak, Ahmed Shafik dan bekas Ketua Staf Angkatan Bersenjata Mesir, Sami Anan, adalah antara individu yang dipaksa menarik diri daripada menjadi calon menentang El-Sisi.

Pilihan raya itu turutu disifatkan oleh 13 kumpulan hak asasi tempatan dan antarabangsa sebagai tidak bebas. Malaha satu-satunya lawan Presiden Mesir, Moussa Mostafa Moussa telah mengisytiharkan menyokong El-Sisi.


Sebelum ini Mohamed Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir dan berusaha mengurangkan kuasa tentera namun beliau telah digulingkan oleh kuasa tentera El-Sisi.

Kemudiannya, El-Sisi mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas, dan menangkap lebih 50,000 ahli serta penyokong pergerakan itu.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori