Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Terima 198 Laporan...

PORT DICKSON - Polis Negeri Sembilan sehingga kini menerima 198 laporan daripada individu...

Raja Perlis Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan...

DAP Pujuk PAS Terus...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memujuk parti PAS dan Parti...

Rosmah Lawat Mangsa Banjir...

PARIT - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat mangsa...

Singapura Bina Hentian Bas Pintar Pertama Dunia

INOVASI… Dua tahun lalu, masyarakat Singapura gempar dengan penemuan saintifik pasukan penyelidik luar negara mendedahkan hentian bas awam di republik itu tinggi pencemaran udara.

Bayangkanlah 3.8 juta penumpang yang menunggu bas di lebih 4,000 buah hentian di seluruh negara pulau itu setiap hari terpaksa sedut gas toksik jauh lebih berbahaya dibandingkan stesen tren bawah tanah MRT sendiri.

Aib dengan kajian tersebut, sebuah firma tempatan, ST Engineering semalam melancarkan hentian baharu dengan bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman penumpang yang sedang giat diuji di Plaza Singapura.

Perhentian bas pintar dikenali sebagai ‘Arbitat Oasis’ itu merupakan inisiatif pertama di dunia bagi menangani masalah pencemaran udara dan ruang yang panas. Ia juga mampu mempertingkat suhu sekitaran di hentian bas.

Antara ciri-ciri unik perhentian bas itu adalah teknologi terbaharu mampu menarik masuk udara sekeliling yang panas sebelum memulakan proses pendinginan dan membawa suhu udara kepada hanya 24 darjah Celsius.

Perhentian bas itu juga mempunyai sistem pembersih udara bagi menapis zarah bawaan udara berbahaya. Udara bersih tersebut kemudian disalurkan semula ke dalam kawasan perhentian bas melalui alat khas di atas kepala.

Sistem itu berfungsi lebih baik daripada pendingin biasa yang menggunakan bahan penyejuk (refrigerant) atau mesin pemampat (compressor) dan menjimatkan kuasa sehingga 70 peratus berbanding penyaman udara biasa.

Ciri-ciri istimewa lain termasuk sensor yang dipasang syarikat berkenaan untuk memantau aliran trafik penumpang dan sistem komputer khas untuk mengenal pasti sebarang kegiatan yang mencurigakan oleh penjenayah jalanan.


“Selain itu ada panel interaktif memaparkan maklumat terkini tentang sekitaran. Pereka bentuk Bandar Pintar perlu ada pandangan baharu prasarana agar rakyat raih faedahnya,” kata Ketua ST Engineering Open Lab, Gareth Tang.

Ia memanfaatkan teknologi dan inovasi dalam bidang prasarana pengangkutan darat, walaupun semasa “kegiatan seharian biasa seperti ketika menunggu bas yang boleh diperbaiki,” jelas beliau lagi dipetik oleh media tempatan.

Hentian pintar itu diuji selama 12 bulan dan hasil ujian ini akan dikongsi dengan pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan agensi-agensi pemerintah lain, kata pengarah kumpulan pengangkutan awam LTA, Teo Tech Guan.

“Kami gembira dapat beri platform untuk menguji idea inovatif bagi meningkatkan pengangkutan darat… Kami mengalu-alukan syarikat tempatan memberi idea baharu bagi memberi para penumpang pengalaman lebih baik.”

Jutaan pengguna menaiki sejumlah 4,200 buah bas awam domestik pada setiap hari yang diuruskan oleh empat syarikat operator dan meliputi lebih 300 laluan perjalanan di seluruh Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori