Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Dedah Punca Elfira...

KISAH putus tunang di antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi ini seperti sudah...

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai

KUALA LUMPUR - Kajian pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) selesai dijalankan dan...

Polis Tahan 7 Lelaki...

IPOH - Polis menahan tujuh lelaki kerana memiliki senjata api tanpa lesen dalam...

Keadaan Banjir Di Perak...

KEADAAN banjir di Perak semakin reda apabila pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir...

Skuad Papan Selaju Mampu Raih Pingat Di Sukan Asia

KUALA LUMPUR – Skuad papan selaju negara dijangka mampu menyumbang pingat pada penampilan sulungnya di Sukan Asia Indonesia yang dijadualkan bermula dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Ketua Jurulatih papan selaju kebangsaan, Mohd Zamri Mohd Ramli berkata walaupun pertama kali bertanding di peringkat Asia, beliau yakin anak buahnya mampu menandingi pencabar dari Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Jepun.

“Prestasi pemain negara setanding dengan atlet dari Hong Kong, Thailand dan pasukan tuan rumah, Indonesia. Namun mereka akan menghadapi tentangan sengit dari Jepun.

Saya yakin atlet mampu mencipta kemenangan setimpal dengan persiapan yang dijalankan walaupun mereka masih belum mengikuti latihan berpusat namun atlet-atlet papan selaju bersemangat untuk membawa nama negara dengan melakukan latihan sendiri setiap hari di Bukit Kiara, “ katanya pada sidang media Angka Tour 2018 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hari ini.

Beliau juga berkata pihaknya juga telah berjumpa dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi membincangkan tentang program latihan yang lebih teratur dan efektif sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik,

Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) telah menyenaraikan enam atlet yang akan mengambil bahagian dalam dua kategori papan selaju (park dan street), yang kali pertama dipertandingkan pada Sukan Asia itu.

Mereka adalah Mohd Nur Firdaus, Ian Iman, Fikri Fauzi, Zainul Mutaqien Marzuki, Christina Lai dan Fatin Syahirah Roszizi.


Dalam pada itu MESA turut menganjurkan program Angka Tour 2018 yang akan disertai personaliti profesional sukan papan selaju seperti Arto Saari, Jack Curtin, Davis Torgeson, Margie Didal, Tom Karangelov dan Jasper Dohrs pada hujung minggu ini.

Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif persatuan untuk memberi pendedahan kepada atlet negara sebelum ke Sukan Asia.

Atlet papan selaju kebangsaan, Zainul Mutaqien Marzuki, 26, mengakui tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mewakili negara sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam sukan itu.

“Pada mulanya, papan selaju ini hanya minat dan hobi semata-mata. Tidak pernah terfikir pun akan sampai ke tahap ini. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan dan berjanji untuk beri persembahan yang terbaik ,” katanya. – BERNAMA

Kategori