Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

395,870 Calon Ambil Peperiksaan...

Putrajaya : Seramai 395,870 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

PKPD Di Bangunan Malayan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Dua Rayuan Rosmah Ketepi...

Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Nov untuk mendengar dua rayuan Rosmah Mansor agar hakim...

ESSCom Perhebat Program Penerangan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan memperhebatkan program...

Sokongan Serikandi Bantu Kukuhkan BN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Isteri wakil-wakil rakyat Terengganu disaran meneruskan kecemerlangan khidmat bakti mereka bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau amat berpuas hati dengan gerak kerja yang dilakukan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Serikandi) Negeri Terengganu setakat ini dalam menyantuni rakyat serta kreatif dalam menganjurkan program turun padang tanpa terlalu bergantung kepada suami mereka.

“Saya lihat begitu banyak aktiviti bersama rakyat dilakukan oleh Serikandi dan ia bukanlah aktiviti bermusim sebaliknya ia rutin harian mereka sejak bergelar isteri wakil rakyat untuk mendengar denyut nadi golongan bawahan.

“Terlalu besar pengorbanan yang dilakukan Serikandi kerana apabila suami bergelar wakil rakyat…ia membawa maksud suami bukan lagi milik keluarga semata-mata sebaliknya suami adalah milik rakyat dan saya berterima kasih kepada Serikandi atas pengorbanan mereka ini demi memastikan kelangsungan kerjaya dan parti,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Serikandi kali ke-31 di sini hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria merangkap Yang Dipertua Serikandi, wakil-wakil rakyat dan isteri mereka.

Pada majlis itu, Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk pentadbiran Serikandi pada tahun ini.


“Rumah sementara untuk Serikandi menjalankan pelbagai aktiviti juga telah siap dan boleh mula menggunakannya pada bila-bila masa.

“Bangunan baharu milik Serikandi di Batu Buruk di sini akan dimulakan pembinaannya sejurus mereka mengosongkan bangunan lama…semoga kemudahan ini bakal memperkasakan lagi aktiviti Serikandi dan membantu kerajaan BN Terengganu meneruskan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori