Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

JDT Lebarkan Sayap Ke...

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan sayapnya ke seberang tambak apabila menandatangani...

Remaja 19 Tahun Gadis...

WASHINGTON DC - Seorang remaja Muslim berusia 19 tahun dari St. Cloud, Minnesota,...

Mahathir Kata Tak Pernah...

KUALA LUMPUR - "Masa tu tidak salah guna undang-undang. Sekarang ini lapor kesalahan...

Longkang Tersumbat Punca Banjir...

JELEBU - Longkang tersumbat dan sungai cetek, selain jumlah hujan yang luar biasa,...

Ada Bas Sekolah Bawa Pelancong Tanpa Kebenaran

PORT DICKSON – Demi mengaut keuntungan, terdapat syarikat pengendali bas sekolah yang menukarkan warna bas sekolah kepada warna lain dan beroperasi sebagai bas pelancong.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pihaknya menjalankan Operasi Khas Serkap, hari ini berikutan aduan yang diterima mengenai kegiatan yang dipercayai berleluasa sejak awal tahun ini.

“Pemeriksaan ke atas lebih 10 pengendali bas yang menggunakan tanda badan korporat hari ini mendapati dua daripada mereka dipercayai melakukan kesalahan itu selain tidak memiliki Lesen Perubahan Sementara (LPS).

“Mereka juga mengubah warna bas yang sepatutnya berwarna amber (kuning) kepada warna bas pelancong seperti biru bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Che Hasni berkata kedua-dua pengendali bas berusia 51 dan 35 tahun itu akan dipanggil untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.


“Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM500,000 dan tidak kurang RM1,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Operasi selama tiga jam bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu disertai enam anggota dan pegawai SPAD. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

Kategori