Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ophellia Moden Dan Obsesi...

DALAM drama Hamlet, Shakepeare menulis kisah wanita malang yang mengemis cinta lelaki sampai...

Isu ICERD: Menteri Gagal,...

CABAR... Jika Pakatan Harapan (PH) serius mahu isu 'panas' Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...

Pengawal Keselamatan Maut Dalam...

KEMAMAN - Seorang pengawal keselamatan maut dan rakannya cedera parah selepas skuter yang...

3 Lelaki Menyamar Polis,...

SHAH ALAM - Empat sekeluarga berdepan detik cemas selama beberapa jam apabila tangan...

Speaker DUN Selangor Salahkan Splash

SHAH ALAM – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mendakwa Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) yang bersalah dan menyebabkan ramai rakyat Selangor menderita tiada bekalan air sejak beberapa hari lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya mendakwa, Splash gagal memberi maklumat mengenai status kerja pembaikan bekalan air yang dilaksanakan hingga menjejaskan rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan

“Loji rawatan air SSP3 diuruskan oleh Splash. Splash telah dianugerahkan konsesi selama 30 tahun oleh kerajaan Selangor pada Januari 2000 untuk membina, mengendali dan menyelenggara SSP3.

“Perniagaan utamanya ialah pengeluaran air terawat yang dijual secara pukal ke Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hannah berkata, Splash sepatutnya memiliki kelengkapan yang lengkap untuk menangani insiden tersebut.

Justeru, katanya, Splash harus bertanggungjawab atas kegagalan mereka dan membayangkan kerajaan Selangor tiada kaitan dalam masalah bekalan air tersebut.


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah lama digesa menyelesaikan isu bekalan air untuk rakyat negeri itu khususnya dalam soal pengambilalihan Splash.

Kerajaan Selangor semasa ditadbir bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun pernah menawarkan RM250.6 juta untuk mengambil alih Splash.

Penggantinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun didakwa mahu membayar pengambilalihan ekuiti Splash berjumlah RM2.975 bi­lion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal sebanyak RM250.6 juta.

Isu tersebut menjadi kontroversi kerana dilihat ada unsur ketidaktelusan menyebabkan pengambilalihan ekuiti Splash belum dapat dilengkapkan hingga hari ini. – Mynewshub.cc

Kategori