Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Minum Air Bergaram, Pelarian...

MA'RIB, Yaman : Nasib malang lebih tiga juta pelarian dalam negara (IDP) di...

Lelaki Cuba Jual Bayi...

BRITAIN - Gila.. lelaki ini mahu menjual bayi umpama menjual baju.Dia sanggup masuk...

Polis Cari 2 Lelaki...

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang...

Orang Awam Masih Ingkar,...

KUALA LUMPUR - Masih ramai orang awam yang ingkar dan mengambil mudah Perintah...

SPRM Reman 2 Pegawai RAPID Pengerang

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mereman dua pegawai Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang bagi siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM25,000.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Saufee Afandi selepas mendapat permohonan daripada pegawai penyiasat SPRM.

SPRM menahan dua lelaki berusia 44 dan 49 tahun itu, masing-masing merupakan pegawai keselamatan dan pengurus Bahagian Kesihatan,Keselamatan dan Persekitaran di RAPID Pengerang pada kira-kira 3 petang semalam.

Kedua-duanya didakwa menerima wang rasuah itu daripada seorang pemilik restoran sebagai dorongan untuk mendapatkan peluang perniagaan iaitu membuka kantin dan meluluskan kerja paip gas di sebuah daripada kafe di dalam kawasan berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori