Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kedudukan Fiskal, Ekonomi Mampan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi tumpuan untuk mengimbangi objektif pengukuhan kedudukan fiskal...

Cadangan Sewa Beli Rumah...

IPOH - Cadangan untuk melaksanakan pendekatan 'sewa dan beli' bagi membantu rakyat kurang...

Rentetan Kejadian Banjir Kilat,...

GEORGE TOWN - Berikut adalah rentetan kejadian banjir dan tanah runtuh di Pulau...

19 Pelajar Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 19 pelajar Malaysia, yang menuntut di Adventist University of...

Stacy Harap Tuah Lagu Ciptaan Hael Menjadi

SEBELUM ini, karya ciptaan Hael Husaini dan rakan komposernya, Ezra Kong berjaya melancarkan karier beberapa penyanyi baharu dalam industri seperti Nabila Razali, Amira Othman.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hael turut mengakui bahawa ramai penyanyi memintanya untuk menggubah lagu apatah lagi selepas Hael berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) bulan lalu.

Baca: Jadual Padat, Hael Terpaksa Tolak Permintaan

Namun, dia terpaksa menolak permintaan tersebut kerana mahukan lagu yang dihasilkannya mempunyai kualiti selain pada waktu sama pula turut menghadapi kekangan masa.

Hael turut mengesahkan dia telah menggubah lagu untuk beberapa artis sebelum ini dan antara penyanyi yang bekerjasama dengannya adalah Stacy Anam.

Selepas menyaksikan lagu ciptaan Hael dan Ezra berjaya mendapat tempat di hati pendengar, Stacy berharap dia turut mendapat tuah sama melalui single terbaharunya berjudul Raja yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Jelas Stacy yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Akim Ahmad, dia sudah pun merakam lagu ciptaan gandingan komposer itu baru-baru ini.

“Sebenarnya lagu Raja sudah diterima sebelum pertandingan AJL 32 lagi, namun berikutan dua komposer terbabit sibuk, proses rakaman terbantut. Namun, baru-baru ini ia dapat dirakamkan juga.

“Insya-Allah, kalau tiada aral, single baharu saya akan mula dipromosikan pada bulan depan. Saya sendiri sangat berharap ia dapat dimainkan di radio dengan segera,” katanya dipetik portal BH Online.

Tambah ibu kepada Bella dan Eshaal itu, lagu berkenaan jika mengikut perancangan akan dilancarkan serentak dengan video muziknya tidak lama lagi.

Seperti identiti yang telah sinonim dengan Stacy, dia menyifatkan bahawa sekali lagi mempertaruhkan irama rancak namun mempunyai perbezaan dengan lagu-lagunya sebelum ini.


“Begitupun, ia boleh dikatakan berbeza daripada lagu pernah saya rakam sebelum ini kerana Raja lebih bersifat ‘heavy dance‘. Apa yang pasti, saya seronok dapat bekerjasama dengan Hael.

“Dia sendiri seorang penyanyi. Jadi, apabila kami bertemu ketika sesi rakaman dilakukan, banyak cerita dan idea yang dikongsi,” kata Stacy yang pernah menjuarai Akademi Fantasia musim ke-6 itu.

Mengulas mengenai peluang diterimanya untuk melakukan persembahan pembukaan pada AJL32 yang lalu itu, Stacy berkata dia menganggap jemputan tersebut sebagai suatu penghargaan yang besar buat dirinya.

Pada malam anugerah berprestij itu, Stacy mempersembahkan lagunya secara medley iaitu lagu Aku Stacy, Bosan dan juga Pakai Buang yang mendapat pujian ramai.

“Kesempatan menjayakan persembahan pembukaan tempoh hari boleh dikatakan sebagai satu kejayaan dan penghargaan besar buat saya.

“Bagi saya, AJL sememangnya pentas yang jadi rebutan ramai penyanyi. Saya sendiri berterima kasih kepada TV3 atas peluang ini, termasuk pengalaman tujuh kali berentap di pentas akhir pertandingan terbabit,” ujarnya.

Jelas Stacy, pengalaman berentap di anugerah itu sebelum ini juga merupakan satu kejayaan buatnya walaupun tidak pernah menggapai kemenangan.

Stacy mula menggegarkan pentas AJL pada tahun 2009 menerusi lagu Aku Stacy sebelum bertanding enam kali lagi menerusi lagu Pakai Buang, Jahat, Pelangi Senja, Bosan, Gilalah dan Not For Sale. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori