Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

30 Juzuk Al-Quran Tetap...

PETALING JAYA - Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi kesedihan di Facebooknya apabila...

PM Najib Lawat Pemain...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan...

Anggota Polis URB Maut,...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal dari Balai Polis...

Janji Beli Baju Raya...

KUANTAN - Janji ayahnya untuk membelikan baju raya apabila pulang setelah menjalankan tugas...

Stephen Hawking Ramal Kiamat Sebelum Meninggal

AHLI fizik dan kosmologi  terkenal Stephen Hawking telah menyerahkan tesis kajiannya yang meramalkan hari kiamat dan bagaimana para saintis boleh mengesan bukti kewujudan alam semesta lain, dua minggu sebelum kematiannya.

Professor Hawking telah menghembuskan nafar terakhirnya pada Rabu lalu apada usia 76 tahun di rumahnya di Cambridge, United Kingdom.

Namun awal hari ini, telah didedahkan bahawa lelaki genius itu masih sibuk bekerja meskipun sedang sakit dan sempat menyerahkan tesis terakhirnya sebelum meninggal dunia.

“Hawking sepatutnya boleh memenangi hadiah Nobel bagi kajian yang dilengkapkan olehnya semasa sedang terlantar kesakitan,” kata penulis bersama kajian tersebut, Profesor Thomas Hertog.

Menurut laporan akhbat The Sunday Times, kajian terbarunya itu mempersoalkan sebuah isu yang telah membelenggu profesor itu selama 35 tahun.

Dalam teori “tiada sempadan” itu, yang disusun oleh James Hortle pada 1983, kedua-duanya telah menerangkan bagaimana kewujudan Bumi bermula selepas fenomena Big Bang.

Namun teori itu turut meramalkan bahawa terdapat lebih dari satu alam semesta yang wujud, yang memberi maksud fenomena tersebut turut diikuti dengan beberapa buah lagi siri Big Bang untuk mencipta alam semesta yang berbeza.

Dalam kertas terakhirnya, Hawking dan Gertog — yang merupakan profesor fizik teoritikal di Universiti KU Leuven di Belgium — meneroka bagaimana alam semesta yang baru ditemui ini boleh dijumpai menggunakan kamera penyelidikan yang diletakkan pada kapal angkasa.

Kajian bertajuk A Smooth Exit from Eternal Inflation itu turut meramalkan bagaimana alam semesta ini akan akhirnya ‘tenggelam’ ke dalam kegelapan apabila bintang-bintang sudah kehabisan tenaga.


Teori tersebut telah disambut dengan respon berbaur daripada saintis-saintis lain di seluruh dunia, dengan ada yang mempersoalkan mengapa Hawking menyifatkan idea tersebut sebagai ‘menarik’ dan perlu dikaji dengan mendalam.

Namun, ramai juga yang memuji hasil kajian Hawking itu dengan mengatakan teori tersebut sememangnya ‘kosmologi yang sebenar’.

Carlos Frenk, profesor kosmologi di Universiti Durham, bersetuju bahawa sebelum ini agak mustahil bagi para saintis untuk menjangkakan kewujudan alam semesta yang lain.

Katanya: “Apa yang menakjubkan adalah bagaimana alam-alam semesta ini meninggalkan ‘kesannya’ daripada radiasi yang meresap masuk ke dalam alam semesta kita dan kita boleh mengukurnya melalui alat pengesan kapal angkasa.”

Menurut Frenk lagi, penemuan alam-alam semesta lain ini bakal mengubah persepsi kita mengenai ‘peranan’ sebenar kita di dalam sistem kosmos. – MYNEWSHUB.CC

Kategori