Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kecoh Pasar Raya Eropah...

LONDON — Rangkaian pasar raya diskaun terbesar Eropah, Aldi, terpaksa memohon maaf kepada pelanggan...

Tragedi KRI Nanggala-402: Jumpa...

JAKARTA - Satu kawah misteri dengan diameter 38 meter (m) ditemui berdekatan bangkai...

Remaja Bangga Rogol Gadis,...

Mengejutkan. Empat remaja lelaki yang dibesarkan di kalangan keluarga `baik-baik’ di Rusia telah...

Biodata Tengku Ampuan Pahang...

PEKAN - Berikut adalah biodata rasmi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah...

Suami Isteri Ditahan Kes Terima Rasuah RM361,000

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurutera sebuah syarikat minyak dan isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM361,000 dalam projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Sipitang, Sabah, tiga tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, suami isteri tersebut masing-masing berusia 58 dan 49 tahun ditahan di rumah mereka di Shah Alam pukul 2 petang tadi.

“Suspek yang ketika itu merupakan pengurus kawalan kualiti dan analisis kualiti (QA&QC) dalam projek berkenaan, disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor utama sebagai upah untuk suspek melantik syarikat sub kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pengujian paip.

“Pembayaran tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek dan akaun syarikat isterinya,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata SPRM sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.


“Setakat ini pihak kami telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes ini dan 12 rakaman pernyataan telah diambil daripada individu-individu berkaitan,” katanya.

Simi berkata kedua-dua suspek dijangka dibawa ke mahkamah di Putrajaya esok untuk permohonan reman. – BERNAMA

Kategori