Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat...

TMJ Ziarah Makam Diraja...

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menziarahi makam...

Penjawat Awam Tertinggi Terlibat...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin mendedahkan penjawat...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem,...

Suami Isteri Gembira Dapat Elaun Sara Hidup Nelayan

KOTA KINABALU – Sepasang suami isteri warga emas amat bersyukur dan gembira apabila menerima elaun sara hidup nelayan yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin di Dewan Serbaguna Putatan, dekat sini hari ini.

Samain Duali, 85, dan isterinya, Hajah Nurata mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana tidak pernah mengabaikan kebajikan masyarakat nelayan.

Nelayan warga emas itu berkata pemberian elaun berkenaan membuktikan sikap murah hati kerajaan dalam membela nasib rakyat.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian elaun sara hidup yang tepat pada masanya ini,” kata nelayan pesisir pantai dari Petagas itu kepada Bernama hari ini.

Pasangan itu adalah antara 1,044 nelayan yang masing-masing menerima elaun sara hidup sebanyak RM300 daripada Yahaya, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri pada majlis berkenaan. Turut hadir, pengerusi Persatuan Nelayan Sabah Datuk Arsit Sedi.

Samain berkata ketika mula-mula menjadi nelayan, dia terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli bot tradisional diperbuat daripada kayu bagi menyara keluarganya.

“Kerajaan sekarang memberi pelbagai bantuan kepada kami (nelayan). Jadi, apa lagi yang rakyat mahu?,” kata bapa kepada sembilan anak itu.


Sementara itu, isterinya yang berusia 70 tahun pula berkata bantuan tahunan berkenaan banyak membantu mereka dalam memenuhi keperluan keluarga.

Nurata berkata mereka menjalani kehidupan sebagai nelayan sejak beberapa dekad lepas dan setiap hari, perlu keluar mencari rezeki pada awal subuh untuk menyara keluarga.

Seorang lagi nelayan yang menerima elaun itu, Norafat Hamidi, 60, berkata dia sungguh gembira kerana kerajaan menunaikan janjinya setiap tahun.

“Saya terlibat dengan pekerjaan menangkap ikan sudah agak lama dan dalam tempoh itu, kerajaan sentiasa membantu kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori