SUAMI kepada penyanyi bersuara lantang tanah air, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri bebas daripada tahanan reman selepas ditahan sejak 2 Mac lalu.
Memetik sumber, Armin dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 yang dibayar oleh adiknya pada petang Khamis.
Sekadar mengimbas semula, Armin didakwa atas tuduhan mencederakan anaknya dengan menggunakan rotan di Denai Alam sekitar jam 4 pagi pada 25 Februari lalu
Kemudiannya, bekas pramugara itu sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan yang sama dan berdepan dengan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan yang dikemukakan.
Timbalan Pendakwa Raya iaitu Megat Mahathir Megat Tharih Afendi meminda pertuduhan Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326.
Jika sabit kesalahan, Armin berdepan dengan dua kali ganda tempoh hukuman berbanding Seksyen 324 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan minta dibicarakan.
Sehubungan itu, mahkamah mengekalkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April depan untuk serahan dokumen. – MYNEWSHUB.CC/AM