Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Faiz Subri, Jafri Sedia...

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri...

Temui Noktah! Hubungan Tasha,...

Bermain teka-teki lebih beberapa minggu, akhirnya tonggak utama drama Tabir Zulaikha, Tasha Shilla...

How to Edit a...

The sort of essay you opt for is going to depend on your...

Wanita China Baling Syiling...

SHANGHAI - Seorang penumpang yang berpegang kuat kepada kepercayaan karut melambatkan jadual penerbangan...

Sudah 10 ‘U-Turn’, Lepas Ni Kata Anwar Bukan Peliwat?

DULU lain kini lain… Demi politik Tun Mahathir Mohamad sanggup menganut fahaman Niccolo Machiavelli, tokoh falsafah terkenal era Renaissance dari Itali iaitu matlamat menghalalkan cara!

Mungkin dunia ini sudah terbalik bagi Mahathir. Segala apa yang beliau percaya dulu, sekarang jadi ironi. Kenapa begitu? Kerana Mahathir hendak sangat pada kuasa. Beliau mahu sangat anaknya dapat menjadi perdana menteri.

Memang benar itulah kehendak Mahathir. Pada 20 Oktober 2013, Mukhriz kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO. Hanya sebulan selepas itu, iaitu 2 Disember 2013, Mahathir sudah mula merajuk macam gaya budak kecil.

Beliau letak jawatan sebagai penasihat Petronas dengan alasan sudah terlalu tua. Lucunya kini Mahathir, 92, mahu menjadi calon perdana menteri konon sementara sebelum diserahkan kepada seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyokong pembangkang kena malu dengan orang Afrika, mereka pun tidak mahu lagi pemimpin yang usia lebih 90 tahun memimpin negara. Umur begitu disiaftkan hanya boleh memimpin ke kubur sahaja. Lihat video di pautan ini:

Dahulu masa tahun 2003, Mahathir menangis dengan memberi alasan perlu meletak jawatan atas sebab faktor umur terlalu tua dan “dah lama dah” konon mahu menjaga cucu serta menumpukan diri kepada urusan ibadah.

Bagaimanapun sekarang apabila bakal berumur 93 tahun, kenapa hendak lagi jadi perdana menteri? Mahu berkuasa semata mata hendak memastikan legasi anak sendiri dan kroni diteruskan? Itulah matlamat sebenar Mahathir.

Dengan matlamat inilah, Mahathir kini sudah buat pusingan U, bukan sekali tetapi banyak kali. Silap hari bulan layak disenaraikan Malaysia Book of Records atau Guinness World Records atas pencapaian u-turn terbanyak!

Pertama, pada 1998, Anwar digelar sebagai pesalah laku moral dan tidak layak jadi perdana menteri. Pada 6 Julai 2017, Mahathir buat u turn, dalam temubual dengan akhbar The Guardian di Britain, beliau setuju Anwar jadi PM.

Kedua, pada 1 Mei 2013 ketika berceramah di Shah Alam, Selangor, Mahathir kata “Lim Kit Siang seorang rasis”. Tetapi pada 3 Mei 2017 buat u-turn dengan berkata bahawa DAP adalah bukan parti perkauman cauvinis atau rasis.

Ketiga, pada tahun 1998, Mahathir kata George Soros penyangak matawang. Namun kini, Mahathir sudah berpakat dengan portal The Sarawak Report yang jelas dibiayai jutawan Yahudi itu untuk menjatuhkan kerajaan BN pula.

Keempat, pada 29 April 2012, Mahathir kecam peserta demo haram Bersih 3. Kemudian buat u-turn, turun ke demo haram Bersih 4 di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos 2015 serta juga Bersih 5 pada 19 November 2016.

Kelima, Mahathir kata konon BR1M adalah rasuah dan dedak dalam akhbar Sinar Harian pada 15 November 2014. Beliau kemudian ulang lagi kata BR1M itu adalah rasuah pada 25 Disember 2015 menerusi portal Malaysiakini.

Namun apabila semua rakyat marah dengan Mahathir sebab kenyataan itu, beliau mulalah buat pusingan U pada 15 Januari 2017, ketika berucap di Stadium Malawati, Shah Alam dengan menyatakan mahu meneruskan skim BR1M.


Keenam, pada 14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang diketuai Mahahir berjanji mansuh tol. Namun, bakal calon perdana menteri itu u-turn pada 10 Januari 2018, dengan kata tol Malaysia masih lagi termurah di dunia.

Ketujuh, dulu Mahathir bersetuju Anwar dipenjarakan kerana kesalahan moral dan rasuah. Kini, pada 13 Disember 2017, dalam satu kenyataan melalui Malaysiakini, Mahathir menggesa Anwar pula dibebaskan dengan segera.

Kelapan, pada tahun 1998, Mahathir kata mungkin Anwar tumbuk diri sendiri sampai matanya lebam. Kini, pada 13 Mac 2018, Mahathir buat pusingan U dengan berkata pula mata Anwar itu lebam akibat tindakan pihak polis.

Kesembilan, dahulu Mahathir lantang berkempen dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU) agar rakyat jangan undi DAP kerana ia cauvinis dan perkauman. Kini, Mahathir sudah sebut dia sedia guna logo DAP dalam PRU ke-14.

Kesepuluh, Mahathir dulu kata keputusannya pecat Anwar pada 1998 adalah betul. Namun kini, Mahathir sudah buat u-turn pada 13 Mac 2018, dengan mengatakan keputusannya untuk memecat Anwar dahulu adalah salah.

Bayangkanlah sepuluh kali Mahathir selamba buat pusingan U. Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan kata pula Anwar sebenarnya tidak liwat dan menangis depan media kata tuduhan sodom itu adalah orang lain yang buat.

Mahathir tentu cakap konon beliau percaya Anwar tidak pernah meliwat dan Anwar adalah seorang “Pak Syeikh”. Mahathir akan kata mana boleh “Pak Syeikh warak liwat orang!” Semua ini, Mahathir bakal sebut suatu hari nanti.

Ini belum lagi termasuk puluhan skandal mega zaman pentadbiran gemilang selama 22 tahun beliau dahulu menjadi perdana menteri apabila Pakatan Harapan pula terpaksa u-turn walhal dulu kutuk Mahathir Diktator Maha Firaun!

Melayu mudah lupa!!! Siapa yang boleh lupa puisi legenda Mahathir itu sampaikan Anwar sendiri ketika bangkit melancarkan gerakan Reformasi pada 1999 dengan ajuk akronim UMNO sebagai Undur Mahathir Negara Okay.

Tapi kerana hendak kuasa, Mahathir jadi begitu. Kuasa mengatasi segalanya. Kebenaran, prinsip dan maruah sudah tiada lagi. Mahathir jadi gila kerana kuasa. Sanggup buat apa sahaja. Jangan biar orang gila kuasa masuk Putrajaya!

Ayuh semua rakyat Malaysia kita ‘bangkit’ tolak habis Pakatan Harapan pada PRU ke-14 kelak daripada dipimpin tokoh nyanyuk melalut mudah lupa diri. Jom UBAH… Ini kalilah!!! – Mynewshub.cc/HAA

Kategori