Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ophellia Moden Dan Obsesi...

DALAM drama Hamlet, Shakepeare menulis kisah wanita malang yang mengemis cinta lelaki sampai...

Usul Ta’awun Siyasi PAS-UMNO...

KUANTAN - Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul berkaitan ta'awun siyasi (kerjasama...

Tiga Lelaki Bersenjata Parang...

Tawau : Sembilan sekeluarga berdepan detik cemas apabila diikat tiga lelaki bersenjata sebelum...

The Shore Oceanarium Melaka...

MELAKA - The Shore Oceanarium menyasarkan peningkatan antara 10 hingga 20 peratus kedatangan...

Surat Tawaran Anugerah ‘Datuk’ Disahkan Palsu

SHAH ALAM – Dewan di-Raja Selangor hari ini memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat tawaran penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada individu bernama Goh Boon Leong.

Setiausahanya, Hanafisah Jais berkata berikutan itu, beliau telah membuat laporan polis ke atas individu terbabit atas dakwaan pemalsuan surat berkenaan yang kononnya telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

“Surat palsu berkenaan juga mengandungi beberapa fakta tidak benar termasuk menggunakan jata negeri Selangor yang salah serta nama dan tandatangan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor yang palsu.

“Perbuatan ini adalah satu jenayah penipuan yang amat serius dengan tujuan untuk memperdaya orang ramai, menjejaskan nama baik Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta mencemarkan institusi diraja Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu Hanafisah berharap orang ramai mengambil maklum mengenai perkara itu dan mengelak daripada terpedaya dengan cubaan individu tertentu yang melakukan penipuan demi kepentingan peribadi mereka.


Beliau turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang keraguan membabitkan penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • datuk

Kategori