Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wukuf Di Arafah Ditetapkan...

MAKKAH - Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak...

Gempa Lombok: 2 Rakyat...

PUTRAJAYA - Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam bencana gempa bumi berskala 5.8...

2 Mayat Bayi Dalam...

SHAH ALAM - Polis menyatakan terdapat dua mayat bayi di dalam plastik berwarna...

Hanya Seorang Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam...

Syabas Gagal Salur Maklumat Tepat

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) hari ini mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) gagal menyediakan maklumat tepat khususnya berhubung jadual lori tangki air.

Presidennya Saravanan Thambirajah berkata maklumat itu hanya dikemas kini sekali sehari selain sekadar menyatakan bila bekalan air dijangka pulih, sedangkan masalah masih berterusan.

“Syabas sepatutnya mempunyai pelan luar jangka yang lebih baik dalam menangani isu bekalan air. Mereka gagal menjangkakan masalah dan langkah tidak diambil mahupun dimaklumkan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau turut mendakwa pengguna mengadu tidak pernah menerima maklum balas daripada Syabas terhadap aduan yang dibuat sama ada menerusi sistem pesanan ringkas mahupun talian perkhidmatan pelanggan.


Paling buruk katanya pengguna terpaksa keluar mencari air sedangkan bekalan sepatutnya dihantar ke pintu rumah oleh penyedia.

Sehubungan itu beliau menyarankan Syabas menyediakan lebih banyak lori tangki selain menambah baik perkhidmatan pelanggan dan berunding dengan pihak berkepentingan lain bagi menangani krisis. – BERNAMA

Kategori