Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sesak Nafas, Mulut Berbuih...

BEIRUT - Pertubuhan bantuan perubatan dan pasukan penyelamat mendakwa sekurang-kurangnya 49 terbunuh akibat...

Mekanik Ditahan Kerana Catatan...

 MIRI - Polis menahan seorang mekanik kereta berusia 23 tahun kerana membuat catatan...

Tambang: Dilema Pengusaha Bas...

PETALING JAYA - Susulan musibah banjir, pengusaha bas sekolah di Pantai Timur terpaksa...

Mahu Buka Pintu Masuk,...

PUTRAJAYA - Kerajaan Johor perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sekiranya ingin...

Tabiat ‘Gila Gajet’ Tingkat Risiko Pseudo Autism

KUALA LUMPUR – Memberikan kanak-kanak seawal usia satu hingga enam tahun bermain gajet seperti telefon pintar tanpa kawalan berisiko mendedahkan mereka kepada masalah mental dan ‘pseudo autism’, kata pakar pendidikan awal Kanak-kanak, Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli.

Beliau berkata ‘pseudo autism’ menyerupai autisme iaitu golongan kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan atau kemahiran bersosial dan hidup dalam dunia sendiri yang boleh berlaku sekiranya mereka menghabiskan terlalu banyak masa secara rutin bermain gajet atau menonton televisyen.

“Usia satu hingga enam tahun adalah waktu kritikal dalam pembinaan neuron kanak-kanak, namun apabila kurangnya aktiviti fizikal dan interaksi, ia menggangu pertumbuhan otak mereka yang sepatutnya berkembang sehingga 90 peratus dalam tempoh berkenaan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini hari ini.

Beliau berkata neuron yang tidak dikembangkan atau digunakan sepenuhnya ini akan mati, sekali gus mewujudkan pelbagai konflik pada kanak kanak terbabit.

Dr. Putri Afzan Maria berkata konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain perkembangan emosi serta intelek terbantut.

“Paling teruk ia akan menjerumuskan golongan kanak-kanak ini dalam satu situasi iaitu mereka tidak mampu mengawal perasaan atau tekanan yang dialami sehingga menyebakan kemurungan,” katanya.


Justeru itu, beliau menyarankan golongan ibu bapa supaya mengawal penggunaan gajet anak-anak mereka selain menjalankan aktiviti lain yang dirasakan bersesuaian dengan tahap umur bagi merangsang pembinaan neuron termasuk perkembangan emosi dan intelek.

“Ibu bapa masih boleh memberi anak-anak bermain gajet, namun cukup sekadar satu jam sehari bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun, manakala maksimum dua jam sehari bagi yang berumur empat hingga tujuh tahun dengan syarat di bawah pengawasan penjaga,” katanya. – BERNAMA

Kategori