Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Parah Dua Kereta...

Alor Setar - Seorang lelaki, 24, dan wanita, 25, parah selepas kereta dipandu...

Ubah Sikap Makan Berlebihan,...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia perlu mengubah sikap gemar makan secara berlebihan kepada makan...

Lupakan Dendam PAS Terhadap...

LIPIS - Penyokong dan anggota PAS dinasihat melupakan persengketaan PAS-UMNO serta menggunakan pertimbangan...

‘Rafizi Harus Serah Bukti...

SHAH ALAM - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli seharusnya...

Tahi Judi Sanggup Jual Anak Bini Untuk Bayar Hutang

KALAU dah namanya `tahi judi’, anak pun sanggup dipertaruhkan. Disebabkan suaminya telah menjadikan anak lelaki mereka sebagai taruhan, seorang wanita telah menceraikan suaminya. Kejadian itu berlaku di New Delhi.

Lelaki terbabit, Mohsin pada mulanya mempertaruhkan seluruh keluarganya namun kemudian hutang itu dikurangkan kepada seorang anak selepas isterinya membantah.

Kes ini berlaku pada 2015 namun ia diperkatakan semula selepas polis akhirnya bersetuju untuk membuka semula siasatan, berdasarkan laporan dari Times Of India.

Laporan itu menyebut bahawa Mohsin, yang diketahui kaki judi, telah bertaruh dengan seorang lelaki dikenali sebagai Imran.

Pada mulanya Mohsin mempertaruhkan isteri dan dua anaknya. Dia kalah dan menyebabkan Imran ke rumahnya untuk mengambil `hadiah’ berkenaan.

Si isteri kemudiannya membantah dan telah mengemukakan aduan kepada majlis jawatankuasa kampung mereka. Selepas bermesyuarat, majlis itu memutuskan wanita dan salah seorang anaknya tidak perlu mengikut Imran namun hanya seorang anak sahaja diberikan kepada Imran untuk melunaskan hutang judi itu.

Wanita itu telah membuat laporan polis ketika itu namun polis enggan menerima kes tersebut.


Keadaan ini memaksa wanita terbabit memfailkan petisyan di mahkamah dan akhinya semalam, mahkamah mengarahkan polis untuk menyiasat.

Kes itu kini dibuka dan pihak berkuasa sedang mengesan Mohsin, yang kini telah melarikan diri.

Wanita itu yang mengahwini Mohsin sejak 2012, kemudiannya telah menuntut cerai. Dia akhirnya mengahwini lelaki lain yang lebih muda. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori