Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

K’jaan Negeri Umum Bantuan...

ISKANDAR PUTERI - Johor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah setengah bulan gaji dengan...

PLUS Tutup Lorong Tambah...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan penutupan semua 134 lorong tambah...

Polis Reman Penganggur Hina...

JOHOR BAHRU - Seorang penganggur direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Si Melayu Penang Ini...

ISRAEL merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menghormati hak sama rata dan mempertahankan...

Tak Halang Hakim Tambahan Dilantik Ketua Hakim

PUTRAJAYA — Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang hakim tambahan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara atau Presiden Mahkamah Rayuan, demikian Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh berhujah jika jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar kosong, semua hakim Mahkamah Persektuuan termasuk hakim tambahan layak dilantik ke jawatan tinggi itu.

Katanya, seorang hakim tambahan sebaik dilantik di bawah Perlembagaan Persekutuan merupakan hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata pelantikan Tun Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin masing-masing sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan adalah mengikuti perlembagaan.

Amarjeet berkata Artikel 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan seorang Ketua Hakim Negara yang dalam proses persaraan menasihati Yang di-Pertuan Agong bahawa Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang akan memegang tugas, yang penggal perkhidmatan akan berakhir beberapa bulan lagi, dilantik sebagai hakim tambahan sebaik saja mereka bersara untuk tempoh waktu tertentu.

Beliau mengemukakan hujah di hadapan panel tujuh hakim dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah pada pendengaran cabaran perlembagaan dikemukakan oleh Badan Peguam Malaysia dan Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) tentang kesahihan pelantikan dua hakim tertinggi negara itu.

Amarjeet yang mewakili kerajaan, Tun Arifin Zakaria, Raus dan Zulkefli juga menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam pelantikan hakim-hakim tambahan.

Beliau berkata budi bicara melantik hakim tambahan terletak pada Ketua Hakim Negara dan Yang di-Pertuan Agong memberi kuatkuasa kepada nasihat Ketua Hakim Negara.

Terdahulu, peguam Badan Peguam Malaysia Datuk S. Ambiga berhujah bahawa penggal perkhidmatan Ketua Hakim Negara berakhir pada umur persaraannya 66 tahun enam bulan dan itu tidak boleh dilanjutkan dengan melantiknya sebagai hakim tambahan untuk beliau terus memegang jawatan itu.

Beliau berkata, bagi Ketua Hakim Negara meneruskan tempoh perkhidmatannya selepas umur persaraan adalah menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk melanjutkan umur persaraan hakim kepada 70 tahun.

Beliau berkata lanjutan tempoh perkhidmatan Raus dan Zulkefli melanggar prinsip kebebasan kehakiman.


“Jika seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan dibenar menentukan pelantikan hakim tambahan akan datang, maka ini boleh dianggap melangkaui kuasa Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang dalam perkhidmatan yang tentunya lebih mengetahui tentang keperluan badan kehakiman yang ada,” kata Ambiga.

Selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak berkenaan, Hakim Hasan menunda ke satu tarikh lain untuk menyampaikan keputusan mahkamah mengenai perkara itu.

Anggota lain panel itu ialah Hakim-hakim Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Sri Balia Yusof Wahi, Tan Sri Aziah Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Pada 19 Dis tahun lalu, Mahkamah Tingggi di Kuala Lumpur membenarkan permohonan Badan Peguam Malaysia merujuk lima persoalan perlembagaan berkaitan kesahihan pelantikan Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan dan masing-masing sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan selepas mereka mencapai umur persaraan wajib 66 tahun enam bulan.

Dalam saman pemula yang difailkan tahun lepas, Badan Peguam Malaysia memohon perisytiharan bahawa nasihat Tun Arifin Zakaria selaku Ketua Hakim Negara pada masa berkenaan, kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac, tahun lepas agar Raus dan Zulkefli dilantik sebagai hakim-hakim tambahan di bawah Artikel 122(1A) Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah.

Badan itu juga memohon perisytiharan bahawa pelantikan Raus dan Zulkefli masing-masing sebagai Ketua Hakim Negara pada 4 Ogos tahun lepas dan Presiden Mahkamah Rayuan pada 28 Sept tahun lepas, adalah tidak sah dan batal.

Awal tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuching turut merujuk kepada Mahkamah Persekutuan cabaran undang-undang AAS terhadap pelantikan Raus dan Zulkefli itu. – BERNAMA

Kategori