NAMA Dyana Sofya, bekas calon DAP yang tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong timbul semula apabila beliau disahkan bertunang dengan lelaki pilihannya di sebuah hotel di Ipoh, baru-baru ini.
Pertunangan Dyana dengan Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendapat liputan media massa meskipun ia diadakan secara tertutup.
Apapun yang masih menjadi teka-teki dan pertanyaan ramai ketika ini disaat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU Ke-14) semakin hampir apakah Dyana Sofea yang juga anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda DAP dicalonkan semula bagi meneruskan karier masa depannya politiknya atau sebaliknya.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming ketika ditanya berhubung kedudukan Dyana Sofya sama ada akan dicalonkan semula oleh parti itu atau sebaliknya hanya berkata, ia terserah kepada pucuk pimpinan Pusat DAP.
“Itu semua terpulang kepada pengumuman rasmi pucuk pimpinan Pusat nanti,’’ katanya kepada Agendadaily pada Jumaat.
Sementara itu semasa bercakap kepada media dalam satu siding media khas beliau berkata, DAP Perak sudah set untuk menengahkan gadingan calon muda muka baru dan lama bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya kali ini.
Menurut Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, DAP akan mempertahankan 18 kerusi DUN yang dimenangainya pada dalam dua pilihanraya umum lalu.
“Tujuh kerusi parlimen kami nak bertanding ialah Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kampar, Taiping, Teluk Intan dan Beruas.
“Kombinasi calon kita adalah dari pelbagai kaum kesemuanya berkelayakan berkaliber, berwibawa…ada muka dan baru muka lama.
“Tentang percaturan sama ada calon bertukar kawasan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai,’’ jelasnya.
Ditanya khabar kononnya beliau akan bertukar kawasan dari Parlimen Taiping ke Parlimen Teluk Intan sepertimana dilaporkan akhbar tempatan (The Star dan Sin Chew) baru-baru ini beliau tidak mengiaya atau menafikannya.
“Perak adalah kampung halaman saya …saya cintai Perak maka saya tidak mahu bertanding di luar Perak…saya akan bertanding di Perak,’’ katanya.
Pada sidang media itu beliau mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Keranji, Chen Fook Chye dan ADUN Jelapang, The Hock Ke tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing pada PRU14.
Menurut Kor Ming, kedua Adun itu menyatakan hasrat mereka untuk tidak bertanding kerana mahu memberi laluan kepada calon muka baru untuk bertanding di kawasan berkenaan.
Untuk rekod dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)? Teluk Intan Dyana Sofya tewas kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis 238 undi. Dyana Sofya, mendapat? 19,919? undi manakala Mah mendapat 20,157 undi. – MYNEWSHUB.CC/Agenda Daily