Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SPRM Panggil Saksi Isu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 27 saksi berhubung isu...

Bidang Animasi Boleh Berkembang...

BESUT - Bidang animasi boleh berkembang maju di negara ini dan mampu menyediakan...

Curi 6 Tin Sardin,...

KUALA LUMPUR - "Saya menumpang di rumah pakcik berusia 70 tahun. Saya curi...

“Licik Tak Propaganda Hutang...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih...

Tambah Anggota UTK, Komando VAT 69 Diteliti

MELAKA – Permohonan menambah keanggotaan dan memperbesarkan lagi Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam proses pertimbangan serta penelitian, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata proses tersebut sedang dilakukan secara bersama dengan Jabatan Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam, dan ia dijangka diketahui dalam masa terdekat.

“Memang akan berlaku penambahan anggota (UTK dan Komando VAT 69) seperti permintaan PDRM seperti yang diumumkan semalam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzium Kastam Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri T. Subromaniam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengumumkan permohonan menambah keanggotaan dan memperbesarkan lagi UTK serta Komando VAT 69 bagi memerangi jenayah serta ancaman di negara ini.

Ditanya jumlah perjawatan yang akan ditambah bagi kedua-dua jawatan tersebut, Ali berkata ia belum dimuktamadkan.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan melihat sekiranya terdapat keperluan untuk pemberian peruntukan kepada JKDM bagi memastikan penyelenggaraan Muzium Kastam Tan Sri Dr Ali Hamsa dilakukan secara berkala dan mengikut keperluan.

Katanya, ini kerana tiada bayaran dikenakan ke atas pengunjung muzium tersebut namun peruntukan diperlukan bagi kerja penyelenggaraan muzium.

Dalam pada itu, Subromaniam berkata muzium berkenaan yang dahulu dikenali sebagai Muzium Kastam itu dibuka pada 25 Ogos 2006 dan kini ia dijenamakan semula sebagai Muzium Kastam Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Beliau berkata bangunan muzium tersebut berasaskan seni bina Inggeris pada zaman pemerintahan British yang sebelum ini digunakan sebagai gudang Kastam bagi tujuan penyimpanan barang dagangan seperti seramik, beras, tepung, gula dan rempah-ratus yang diimport dari China, India, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Muzium Kastam ini mempunyai lebih 200 koleksi asli dan bersejarah dari seluruh negara termasuk koleksi barang yang dirampas pada abad Ke-19.

“Penjenamaan semula ini adalah untuk menghargai jasa yang telah disumbangkan Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam memperkasakan perkhidmatan awam khususnya JKDM,” katanya.

Beliau berkata jumlah pengunjung ke muzium berkenaan adalah seramai 48,403 orang pada 2016 manakala pada tahun lepas jumlah tersebut meningkat kepada 52,071 orang.

Katanya, muzium berkenaan dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula 9.30 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan 9 pagi hingga 6 petang setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum. – BERNAMA

Kategori