Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PRN Johor: BERSATU, PAS...

SHAH ALAM : PAS dan BERSATU akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Kisah Barisan Alternatif Tidak...

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Barisan...

Radioaktif Perlombongan Bauksit Tidak...

KUANTAN - Tahap radioaktif disebabkan oleh aktiviti perlombongan bauksit di daerah ini tidak...

Messi Cipta Kembali Imej...

DOHA: Ada gambar yang meninggalkan kenangan dalam sejarah sukan. Gambar ikonik yang setiap...

Tanam Berlian Pada Jari Ganti Cincin

KINI terdapat trend baharu di kalangan generasi muda di Amerika Syarikat. Mereka tidak lagi memakai cincin perkahwinan.

Sebaliknya menanam batu permata di jari. Proses berkenaan dilakukan dalam masa 10 minit dengan bayaran hampir RM400.

Melalui prosedur yang dilakukan di kedai tatu, kulit akan dibuang sedikit sebelum batu permata ditanam di jari.

Menurut pemilik NYC Ink Studio di New York, Sam Abbas, dia mendapati trend berkenaan semakin popular di kalangan golongan muda.

Jelasnya, jarum yang digunakan untuk proses berkenaan akan dibersihkan dan disterilkan.

“Ia melibatkan darah jadi anda kena betul betul memastikan ia selamat,’’ katanya. Menurutnya, jari akan ditanda dengan pen dan dibersihkan dengan alkohol.

“Kemudian jarum akan digunakan untuk membuang sedikit kulit sebelum dimasukkan batu pertama atau emas. Ia tidak menyakitkan sangat malah ramai yang berkata kesakitan itu tidak seperti yang mereka jangkakan,’’ katanya.

Bagaimanapun seorang doktor, Dr. Monica Halem melahirkan kebimbangan dengan prosedur berkenaan kerana ia dilakukan oleh bukan doktor.


“Ia adalah prosedur surgical jadi ia patut dilakukan oleh doktor. Terdapat banyak struktur penting di bawah kulit dan ia boleh rosak dengan mudah.

“Saya paling bimbang dengan berlian itu kerana ia terletak di atas lapisan kulit dan jika terkena sesuatu, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit. Malah untuk membuang berlian itu lebih sakit daripada proses menanamnya,’’ kata Dr. Monica.

Bukan itu sahaja, proses pemulihan mengambil masa selama 20 minit dan ia boleh menyebabkan banyak komplikasi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori