Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Lelaki Paling Kerdil Di...

BELIAU mungkin manusia paling kerdil di dunia, namun Chandra Dangi memberikan kesan yang...

SPAD Rekod 4,876 Kes...

SUNGAI PETANI - Sejumlah 4,876 kes pelanggaran undang-undang melibatkan pelbagai kesalahan di jalan...

Kontroversi Tak Jejas ‘Periuk...

KONTROVERSI yang melanda pelakon Afifah Nasir tidak pernah melenturkan semangat yang ada dalam dirinya...

BR1M 2018 Ansuran Pertama...

SYUKUR... Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula...

Teh Dikurniakan Anugerah Tokoh Bank Terulung

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengerusi Public Bank Bhd (Public Bank), Tan Sri Teh Hong Piow, dikurniakan anugerah “Tokoh Bank Terulung Malaysia” oleh Asia Pacific Brands Foundation.

Public Bank berkata anugerah itu disampaikan oleh Presiden BrandLaureate, Dr KK Johan semasa Majlis Makan Malam Pengurusan Public Bank baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Johan berkata sepanjang 50 tahun lepas, tidak ada tokoh bank lain yang benar-benar dapat mengembangkan sebuah bank sehingga berjaya mencatatkan banyak kejayaan dan pertumbuhan positif dari tahun ke tahun.

“Bagi 2017, bank itu meraih keuntungan bersih RM5.47 bilion menerusi pertumbuhan organik dan langkah strategik yang cemerlang.

“Pemikiran bijak Teh yang tidak dapat ditandingi dan pengetahuan meluas beliau dalam industri perbankan meletakkan beliau di hadapan mendahului pesaingnya,” katanya.

Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata kepimpinan luar biasa Teh bukan sahaja membantu melonjakkan bank itu berada di barisan hadapan landskap kewangan Malaysia tetapi juga mendapat pengiktirafan antarabangsa.


“Teh seorang yang bijak, mempunyai keupayaan memahami peredaran masa dan memanfaat peluang yang tersedia bagi mewujudkan organisasi yang berjaya,” katanya.

Sehingga kini Teh menerima 45 anugerah yang mengiktiraf komitmen cemerlang dan dedikasi beliau kepada industri perbankan. – BERNAMA

Kategori