Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Saman 492...

TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak saman yang difailkan 492...

Kapal Tangki Ditahan Gagal...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan...

Guna Teknologi Cipta Inovasi,...

TUARAN - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menasihati...

Debat Terowong Dasar Laut:...

GEORGE TOWN - Debat antara pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo...

Telefon ‘Pisang’ Nokia Bakal Masuk Pasaran

PADA tahun 1996, Nokia telah memperkenalkan model telefon bimbit ‘pisang’ atau banana phone; tiga tahun kemudian, model itu menjadi sangat popular selepas Keanu Reeves menggunakannya di dalam filem The Matrix.

Hari ini, 22 tahun selepas ianya pertama kali menjengah ke radar peminat peranti mudah alih, Nokia 8110 ini kini telah menjalani transformasi yang lebih moden dan sejajar dengan arus peredaran zaman.

Nokia 8110 ini mula popular apabila Keanu Reeves yang memegang watak Neo dalam filem The Matrix menggunakan model ini.

HMD, pembuat telefon jenama Nokia, bakal membawa model Nokia 8110 kembali ke pasaran tidak lama lagi.

Nokia 8110 akan menggunakan sistem perisian Smart Feature OS, bermakna pengguna tidak akan mendapat akses ke aplikasi Android yang terdapat di telefon pintar Android Nokia lain.

Perbandingan antara model Nokia 8110 versi 1996 dan reka bentuk terbaru bagi tahun 2018.

Bagaimanapun, HMD sedang mencipta sebuah gedung aplikasi untuk peranti itu, yang akan turut membolehkan pengguna mengakses Facebook.


Antara ciri-ciri lain telefon ini ialah pemproses Qualcomm 205 Mobile Platform, 512MB RAM, 4GB penstoran, kamera 2 megapiksel dan sediaan bateri sehingga 25 hari.

Nokia 8110 ini didatangkan dalam dua kemasan iaitu hitam dan kuning ‘pisang’.

Nokia 8110 ini disediakan dalam dua kemasan iaitu hitam dan ‘kuning pisang’ dan bakal dipasarkan bulan mei ini pada harga £69 (RM372.57). – MYNEWSHUB.CC

Kategori