KABUL – Tentera Afghanistan telah membunuh 20 anggota militan Taliban dalam beberapa operasi di wilayah Helmand yang terletak di selatan negara itu pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.
“Sebanyak 20 anggota militan Taliban telah dibunuh dalam operasi ketenteraan di daerah Marjah dan Nad Ali,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Afghanistan pada Isnin.
Sejumlah besar peluru telah ditemui di lokasi operasi. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan di pihak tentera dan orang awam.
Kumpulan militan Taliban belum mengulas pembunuhan itu. – BERNAMA