Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Zul Ariffin Berpeluk...

NAMA Zul Ariffin memang tidak perlu diperkenalkan lebih-lebih lagi selepas namanya meletup dengan...

JPN Nafi Terlibat Isu...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terlibat dengan isu berkaitan Projek...

Kaunter JPN Tutup 3...

KUALA LUMPUR - Operasi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditutup sementara sempena...

Isteri Curang Berzina ‘Melekat’...

GARA-GARA mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang suami telah mengarahkan...

Terkantoi Dedah PPBM Tiada Cawangan, Bahagian!

TERBONGKAR… Rahsia kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini boleh diibaratkan bagai berlindung di balik telunjuk apabila satu persatu masalah dalam urus tadbirnya terbongkar.

Terkini, presidennya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengakui parti itu tidak mungkin dapat memenuhi dua tuntutan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membabitkan laporan minit mesyuarat bahagian dan cawangannya.

Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berpendapat pengakuan lucu tersebut seperti membuka pekung di dada apabila secara tidak langsung ia mendedahkan kelemahan parti itu sendiri sejak sekian lama kepada umum.

“Sekarang telah terbukti, parti ini memang mempunyai masalah dari segi pentadbiran dalamannya,” ujarnya ketika dihubungi media sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin mengenai isu sembilan tuntutan dikemukakan oleh RoS.

Oleh sebab itu juga, Hamidah mempersoalkan kewajaran parti tersebut boleh selamba mengadakan Perhimpunan Agung pada akhir tahun lalu walhal urusan penubuhan peringkat bahagian dan cawangannya masih belum selesai.

“Mengikut perlembagaan parti, mereka perlu terlebih dahulu habis menyelesaikan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, kemudian bahagian dan akhirnya barulah ada wakil bahagian akan dihantar ke Perhimpunan Agung.


“Tetapi hari ini tiba-tiba presiden PPBM dilaporkan baru pula hendak mengumumkan bahawa mereka masih tidak lagi melaksanakan sebarang mesyuarat di peringkat bahagian, dan cawangan parti pun masih belum ditubuhkan.

“Jadi bagaimana mereka boleh buat Perhimpunan Agung di peringkat parti?” soalnya dengan nada sindiran. Perhimpunan Agung PPBM diadakan pada 30 Disember lalu di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Selangor.

Ia bagaimanapun dipertikaikan ramai ahlinya sendiri dan lebih 400 aduan dilaporkan kepada pihak RoS mendesak parti serpihan UMNO itu diisytiharkan sebagai sebuah organisasi haram. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori