Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Aktivis Dibenar Rujuk...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan tiga aktivis...

Bunuh Bos Hanya Kerana...

GILA…seorang gadis yang menjadi bos pada usia 19 tahun di sebuah kedai kain,...

Bicara Kes Najib Bermula...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan perbicaraan tujuh pertuduhan...

Pemohonan Nikah Fattah, Fazura...

FUHHH... Perkhabaran yang mendakwa konon pasangan, Fazura dan Fattah Amin sudah berkahwin semakin...

Teruk Jika Calon PM Tolak Al-Quran, Hadis

KUALA LUMPUR – Islam tidak menggalakkan seseorang melobi untuk dirinya memegang jawatan yang besar seperti Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Pemimpin PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, lebih teruk jika yang melobi itu ada rekod kurang baik berkaitan tadbir urus dan prejudis pada Islam.

“Sangat pelik apabila ada golongan yang mengaji fiqh dan hadis boleh menerima kepimpinan golongan yang tidak mahukan Islam memimpin.

“Lebih pelik pula apabila menolak untuk al-Quran dan al-Hadis digunakan dalam hujah politik sedang politik perlu digerakkan dengan panduan al-Quran dan al-Hadis,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Beliau dipercayai merujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri sementara jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Beberapa pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan namun mengakui pencalonan Mahathir bertujuan memancing undi kaum Melayu untuk pembangkang.

Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

Kategori