Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gadis Singapura Dilapor Hilang,...

SEORANG gadis berasal dari Singapura, Cheryl Yap Lay Leng yang dilaporkan hilang oleh...

Kesal Bekas Pemimpin UMNO...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) melahirkan rasa kesal...

KPLB Sasar Peningkatan 10...

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyasar untuk meningkatkan usahawan Majlis Amanah...

Muka ‘Pecah Rumah’ Buat...

Menjadi seorang artis memang menyeronokkan lagi-lagi bila sering jadi rebutan syarikat untuk dijadikan...

TFC 1 Tersingkir Awal Daripada Saingan Piala FA

KUALA TERENGGANU – Hasrat untuk mara ke peringkat akhir terkubur apabila skuad Terengganu Football Club I (TFC I) tersingkir daripada saingan setelah tewas 3-1 ke atas Selangor dalam penentuan ke peringkat suku akhir Piala FA 2018 malam tadi.

Ketua Jurulatih TFC I Irfan Bakti Abdul Salim berkata tiada keserasian antara pemain menyebabkan anak buahnya gagal mempertahankan kemenangan ketika bertemu Selangor semasa aksi Liga Super di gelanggang yang sama sebelum ini.

“Pemain saya terkejut dengan persembahan Selangor yang bermain seperti pasukan saya ketika mengalahkan pasukan itu 4-1 tempoh hari, hanya 10 minit terakhir sahaja kami bermain macam biasa, sebelum itu hilang bola, keserasian hilang, tidak jaga orang akibatnya kena lah,” katanya pada sidang akhbar selepas aksi ketiga perlawanan menentang The Reds Giant di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah.

Terengganu hanya perlu akur dengan satu gol tunggal yang dijaringkan hasil serangan balas kapten pasukan Tchetche Hermann Brice Kipre dan disudahkan oleh Mohd Shahrul Aizad Zulkufli pada minit ke-23.

Tersentak dengan serangan awal tuan rumah, Selangor terus mengatur langkah dan gol penyamaan berjaya dijaringkan hasil tandukan awang import mereka Rufino Segovia Del Burgo pada minit ke-27.


Memasuki babak kedua perlawanan, Selangor yang dilihat ingin membalas dendam ekoran kekalahan lalu terus memperbanyakkan serangan ke kubu Terengganu dan gol kedua pelawat disudahkan penyerang berbisa Indonesia, Evan Dimas Darmono pada minit ke-60.

Seakan menambah duka kepada skuad tuan rumah, Selangor mendapat sepakan penalti setelah Joseph Kalang Tie dijatuhkan oleh pertahanan Terengganu, Fitri Omar dan gol ketiga disudahkan oleh Segovia pada minit ke-68. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TFC

Kategori