Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Eyka Farhana Terkejut Video...

PELAKON filem Juvana 2, Eyka Farhana dikatakan berang apabila namanya dikaitkan dengan sebuah...

Budak 4 Tahun Tembak...

MIAMI - Seorang budak lelaki empat tahun menembak bahagian belakang ibunya secara tidak...

Terbuka Hong Kong: Nicol...

KUALA LUMPUR - Kempen Nicol David di skuasy Terbuka Hong Kong yang menawarkan...

Malaysia Sasar Pengecualian Visa...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara ASEAN ketiga diterima dalam Program...

Tiada Alasan Untuk Tukar Ketua Menteri Sabah

KENINGAU – Rakyat Sabah, khususnya di kawasan pedalaman, dinasihati menimbang sebaik-baiknya sebelum bertindak menukar ketua menteri kerana Tan Sri Musa Aman menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno berkata berdasarkan prestasi Musa yang membawa pembangunan pesat di negeri itu, rakyat Sabah tidak mempunyai alasan untuk menukar ketua menteri.

“Jangan salah memilih kerana kesalahan membuat keputusan akan mengakibatkan masa depan anak-anak tergadai.

“Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak untuk kepentingan peribadi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Akhbar Tutor Utusan Malaysia ke Sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Liawan, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat Sabah akan terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) Sabah yang diterajui Musa.

Sairin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan, berkata rakyat di Sabah juga harus memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mengemudi negara yang kini semakin maju di bawah pentadbirannya.


Katanya Najib merupakan seorang perdana menteri yang sangat berani selepas memberi jaminan akan mengembalikan hak rakyat di Sabah yang tidak tertunai seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Beliau (Najib) benar-benar ikhlas kepada rakyat di Sabah dan kerana itu, kita (rakyat di Sabah) perlu membalas budi dengan memilih BN pada pilihan raya umum akan datang sebagai bukti sokongan kepada beliau untuk terus memimpin negara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori