Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aduhai Bank Islam: Jagalah...

IMEJ Bank Islam sejak ditubuhkan tidaklah begitu mempesonakan. Walaupun wujud atas semangat Islam, tetapi...

Kadar Khas RM50 Saman...

PUTRAJAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula...

14 Lagi Mayat Dipercayai...

PADANG BESAR - Sejumlah 14 lagi mayat berkafan dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui...

Saya Masih Waras –...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Johan As'ari terkilan dengan segelintir pihak yang menganggap dirinya...

Tiada Insiden Tebusan Di Ho Ching Road

SINGAPURA – Tiada insiden tebusan berlaku di Singapura seperti dilaporkan oleh media tempatan di sini hari ini.

“Ini bukan situasi tebusan. Tiada yang cedera,” kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam maklumat terkini menerusi Facebook, merujuk kepada satu insiden di Ho Ching Road.

Mengikut maklumat terkini selanjutnya, SPF berkata kira-kira 1 tengah hari, Polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB) menjalankan operasi bersama di sebuah unit di Blok 114 Ho Ching Road.

Seorang lelaki berusia 50 tahun enggan membuka pintu dan kemudian mengunci dirinya dalam rumah tersebut bersama ahli keluarganya sebaik sahaja melihat kemunculan pegawai Polis dan CNB.

Lelaki itu bersenjatakan sebilah pisau dan mengancam untuk mencederakan para pegawai jika mereka memasuki unit tersebut.

Kira-kira jam 5.50 petang, anggota dari Markas Operasi Khas berjaya memasuki unit itu lalu menahan lelaki tersebut.

“Bapa dan teman wanita lelaki tersebut tidak diapa-apakan sepanjang insiden itu,” kata polis dan menambah bahan dipercayai ubatan-ubatan terkawal dan dadah lain jenis paraphernalia ditemukan dalam unit itu.


Lelaki itu ditahan kerana ugutan jenayah dan disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Polis dan CNB masih meneruskan siasatan.

Terdahulu, Pejabat Biro Bernama Singapura menerima panggilan daripada beberapa media berita Malaysia, yang bertanya mengenai insiden tersebut berikutan laporan awal media mengenai “seorang lelaki bersenjata telah menahan orang tebusan.” – BERNAMA

Kategori