Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Judi Siber: Lima Termasuk...

KUCHING - Usaha gigih polis Sarawak membanteras kegiatan judi siber mencatatkan kejayaan lagi...

Kes Saman Terhadap PAS,...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,...

Harap Ada Wakil Rakyat...

SEREMBAN - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar akan ada wakil...

Bapa Tidak Mengaku Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Tiada ‘Kabel’ Dalam Agihan, Jualan Unit RUMAWIP

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan kononnya ada ‘kabel’ dalam urusan pengagihan dan penjualan unit-unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

Beliau berkata perbuatan itu tidak berlaku kerana semua urusan pengagihan dan penjualan unit RUMAWIP dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, dan bukannya pemaju atau ejen pemaju.

“Tidak ada orang tengah dalam urusan ini. Saya akan minta pegawai-pegawai saya siasat apa yang telah berlaku. Kalau Yang Berhormat tahu perkara sebenar, maklumkan kepada saya dan Insya-Allah, saya akan jawab.

“Jangan buruk sangka… percayalah, apa yang kita (kerajaan) lakukan ini adalah demi rakyat kerana kerajaan yang ada sekarang ini sayangkan rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kononnya ada ‘kabel’ dalam penjualan unit RUMAWIP yang berharga antara RM198,000 hingga RM300,000.


Semasa menjawab soalan asal Datuk Dr Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) mengenai jumlah unit RUMAWIP yang dijual, Tengku Adnan berkata sebanyak 15,742 unit daripada sejumlah 31,514 unit telah dijual. – BERNAMA

Kategori