PADAH nak cantik. Seorang ibu kepada seorang anak tidak boleh makan dan minum selepas menjalani suntikan Botox. Keadaan itu menyebabkan Marie Snapp, 36, kelihatan seperti mengalami strok akibat prosedur kosmetik berkenaan.
Marie ketika menceritakan pengalaman berkenaan kepada program dokumentari BBC berkata, dia sangat kecewa dengan pakar kecantikan berkenaan.
“Anda boleh jadi buta akibat Botox yang teruk. Pakar kecantikan itu tidak bertanya sama ada saya mengalami alahan.
“Anda boleh mengalami kejutan dan ia boleh mengancam nyawa,’’ katanya yang berasal dari Glasgow.
Dokumentari itu turut mendedahkan mengenai trend orang ramai yang mendapatkan suntikan botox dengan ada antara mereka berusia 18 tahun.
Ia juga mendedahkan beribu-ribu doktor yang menawarkan rawatan Botox tanpa memberikan penerangan yang betul. – MYNEWSHUB.CC