Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan Tidak Perlukan PAS...

KUALA LUMPUR - DAP mengulangi pendirian bahawa Pakatan Harapan tidak perlu tunduk kepada...

SST: Tiada Banyak Perbezaan...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai Sabtu ini dijangka...

NADMA Segera Salur Bantuan...

PUTRAJAYA : Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menyalurkan segera bantuan kepada mangsa...

Negara Kekurangan 900 Doktor...

ALOR SETAR - Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah...

Tingkah Laku Antara Sebab Kemalangan Motosikal

PUTRAJAYA – Tingkah laku manusia dan pelanggaran peraturan jalan raya merupakan antara sebab berlakunya peningkatan kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal, demikian menurut Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Pemangku Ketua Pengarah Miros Dr Siti Zaharah Ishak berkata antara kesalahan yang sering dilakukan penunggang adalah membawa motosikal melebihi had laju, menunggang di antara kenderaan lain dan melanggar lampu merah.

Beliau berkata sikap itu menyumbang kepada statistik kematian dalamkalangan penunggang motosikal mencecah 64.5 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding kenderaan lain dalam jumlah keseluruhan kematian di jalan raya pada tahun lepas.

“Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun lalu juga menunjukkan kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya masih tinggi seperti tahun-tahun sebelumnya dengan 6,740 kematian.

“Walaupun terdapat penurunan indeks sebanyak 9.65 peratus berbanding 2016, namun pelbagai usaha pencegahan masih perlu ditingkatkan supaya kadar kemalangan jalan raya termasuk motosikal dapat dikurangkan,” katanya ketika berucap pada program Ujian Pembangunan Teknologi Titik Buta (BST) oleh Program Penilaian Kereta Baharu Untuk Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi ASEAN NCAP Prof Dr Wong Shaw Voon.

Siti Zaharah berkata antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah pembangunan Teknologi Titik Buta atau Blind Spot Technology (BST) yang sedang dilakukan ASEAN NCAP, yang antara lain berpotensi untuk mengurangkan kesilapan manusia dan kekangan dalam mengesan penunggang motosikal semasa menukar lorong di jalan raya.


Jika berjaya, teknologi yang mengintegrasikan bantuan keselamatan dengan memastikan kereta-kereta baharu yang memasuki pasaran Malaysia dipasang BST yang berupaya mengesan kehadiran motosikal, diyakini dapat membantu usaha Miros mengurangkan kemalangan antara motosikal dan kenderaan di jalan raya, katanya.

Sementara itu, Wong berkata pembangunan BST penting kerana kajian menunjukkan perlanggaran motosikal biasanya melibatkan antara kereta dan motosikal di mana pemandu kereta memasuki laluan penunggang motosikal dan pada kebiasaannya berlaku di persimpangan dan bulatan, semasa penukaran lorong dan membuat pusingan U.

Beliau berkata BST yang dikelaskan kepada dua jenis iaitu pengesanan dan tanpa pengesanan direka untuk membantu pemandu mengesan kenderaan lain di zon titik buta terutama ketika menukar lorong, iaitu satu daripada faktor utama berlakunya kemalangan melibatkan penunggang motosikal.

Wong berkata ujian pembangunan tersebut memberi tumpuan kepada subjek motosikal berkapasiti 110 hingga 750 cc yang mudah diperoleh di pasaran Malaysia dan di rantau ASEAN.

“Teknologi ini boleh memberi manfaat kepada situasi keselamatan jalan raya di Malaysia terutama kepada penunggang motosikal apabiladapat menghalang kemalangan daripada berlaku ataupun meringankan tahap kecederaan yang dialami oleh pemandu dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIROS

Kategori