Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jakim Nafi ‘Program Mukhayyam’...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan tetap meneruskan usaha untuk...

Penyewa Lari Tak Bayar...

SEBAGAI penyewa, individu terbabit hendaklah bersikap amanah dan jujur dalam menjaga setiap inci...

Punca Banjir Lumpur Dijangka...

BENTONG - Punca kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka...

Temasek Rugi RM73 Bilion...

SINGAPURA - Komuniti perniagaan antarabangsa gempar apabila sayap pelaburan milik pemerintah Singapura, Temasek...

TNB Selesai Ambil Alih 2 Syarikat RE Di UK

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB), melalui anak syarikat milik penuhnya, Tenaga Wind Ventures UK Ltd, selesai mengambil alih kepentingan sebanyak 80 peratus dalam dua syarikat tenaga boleh baharu (RE) yang berdaftar di United Kingdom (UK), GVO Wind Ltd dan Bluemerang Capital Ltd dengan nilai perusahaan kira-kira GBP 171 juta (GBP1 = RM5.40).

Pengambilalihan ini merupakan penyertaan pertama TNB dalam penjanaan tenaga berasaskan angin di UK dan sebahagian daripada Pelan Pengembangan Antarabangsa TNB untuk Lima Tahun, menurut syarikat tenaga nasional itu dalam kenyataan hari ini.

“Memperoleh aset angin turut sejajar dengan strategi TNB mengenai pengembangan tenaga boleh baharu di bawah strategi ‘Reimagining Tenaga’ untuk menempatkan syarikat sebagai antara peserta utiliti global utama menjelang 2025.

“TNB berhasrat untuk meningkatkan portfolio RE kepada saiz yang optimum melalui pembangunan kawasan baharu atau memperoleh portfolio RE lain yang sama atau teknologi pelengkap,” katanya.

Gabungan portfolio GVO Wind dan Bluemerang Capital merupakan portfolio angin Tarif Galakan (FiT) yang terbesar di UK yang terdiri daripada 53 turbin angin sederhana, dengan jumlah gabungan kapasiti sebanyak 26.1 megawatt (MW).

Ini merupakan pengambilalihan kedua TNB di UK selepas pengambilalihan aset fotovoltan Vortex Solar pada 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Azman Mohd berkata pengambilalihan aset angin di UK merupakan usaha komersial baharu oleh TNB.


“Pengambilalihan ini akan mengukuhkan portfolio RE TNB dalam asas asetnya dan meningkatkan pemahaman teknikal dan komersial dalam pasaran RE. TNB berharap pelaburan masa depan yang membawa sinergi kepada syarikat,” katanya.

Dengan selesai pengambilalihan itu, portfolio tenaga boleh baharu antarabangsa TNB akan mempunyai gabungan kapasiti dipasang bersih kira-kira 280 MW susulan pengambilalihan Vortex Solar Investments sebelum ini, portfolio 24 ladang fotovoltan solar, dan aset RE lain di Turki dan India. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori