Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pakistan Boikot Bollywood Protes...

ISLAMABAD - Sebahagian besar pawagam Pakistan serentak memulaukan filem Bollywood susulan tindakan tentera...

Lelaki Dipenjara 2 Tahun...

MENYERAMKAN. Seorang wanita mengalami detik-detik menakutkan apabila mendapati seorang lelaki sedang menjilat kemaluannya...

Kes Rasuah: Bapa ADUN...

GEORGE TOWN - Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang direman...

Notis 6 Bulan Penjawat...

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya melanjutkan notis penamatan kontrak...

Tranformasi Dibuat Di IKBN Tepati Kehendak Industri

REMBAU – Program transformasi yang dilakukan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menepati keperluan dan kehendak industri, kata Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata usaha itu dibuat berikutan kebolehpasaran pelatih pada empat tahun lalu hanya 83 peratus berbanding dan selepas membuat penambahbaikan, 93 peratus pelatih telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar.

“Kita tidak mahu kamu semua (pelatih) terpaksa terkapai-kapai dalam mencari pekerjaan kerana tidak dapat meyakinkan majikan untuk mengambil pelatih bekerja menjadi tenaga mahir di dalam industri.

Sekarang kita sudah mula mendapat hasil setelah melakukan transformasi tersebut kerana syarikat-syarikat termasuk dari luar negara telah mula melihat pelatih lulusan IKTBN dan IKBN untuk dijadikan sebagai tenaga kerja mahir di syarikat mereka,” katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran Impak Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) @ Komuniti di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Zaifulbahri Idris dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia Datuk Lokman Hakim Ali.

Khairy berkata untuk meningkatkan kebolehpasaran pelatih dari IKTBN dan IKBN, kerajaan menyediakan kemudahan latihan kepada pelajar di institut kemahiran secara percuma berserta elaun dan juga membuat transformasi dalam penambahbaikanuntuk melatih mereka supaya mendapat tempat dalam industri.

Beliau turut berkata transformasi Latihan Bina Insan di ILKBS juga turut dibuat dengan mewujudkan Program Anugerah Remaja Perdana bagi membentuk nilai murni dan juga sikap kesukarelaan yang mempunyai piawaian antarabangsa merangkumi empat komponen iaitu khidmat masyarakat, rekreasi fizikal, kemahiran dan pengembaraan lasak.


Mengenai program Impak ILKBS @ Komuniti yang dilancarkan hari ini, Khairy berkata pelatih-pelatih institut kemahiran di bawah ILKBS perlu digalakkan untuk menyumbang balik kepada masyarakat dalam bentuk tenaga kepakaran atau kemahiran seperti menyelenggara kemudahan awam.

“Kementerian mensasarkan 132 program khidmat masyarakat yang melibatkan 34,320 belia dan komuniti setempat di seluruh negara manakala bagi zon tengah iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebanyak 36 program akan dilaksanakan yang bakal memberi faedah kepada pelbagai golongan masyarakat.

Tujuannya bagi meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan belia di samping memupuk kesedaran dalam diri belia dan pelatih tentang kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya seperti membuat pendawaian elektrik, penyelenggaraan bangunan, gelanggang sukan, sekolah tahfiz dan juga kerja-kerja sosial melibatkan golongan yang memerlukan,” katanya.

Program Impak ILKBS @ Komuniti yang dilancarkan pada hari ini melibatkan 22 institut kemahiran terdiri daripada IKBN, IKTBN dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dari seluruh negara dengan dana hampir RM1 juta dari KBS bagi menjayakan program ini. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori