Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aziz Pilih Menetap Di...

MINAT mendalam terhadap muzik yang dimiliki penyanyi asal Brunei Darussalam, Aziz Harun, membuatnya...

Kor Ming, Peruntukan Sekolah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengkritik Nga Kor Ming...

Anak Lelaki Pengerusi Mara...

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang...

Haziq Didakwa Dalam Kem...

KUALA LUMPUR - Muhammas Haziq Abdul Aziz, individu yang mengaku dalam video intim...

Trump Pecat Tillerson Kerana Sekat Agenda Perang?

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson dipecat Presiden Donald Trump semalam, dalam satu penyingkiran terbaru dalam pentadbiran Trump yang sangat tertumpu pada personaliti pemimpin di Rumah Putih ini.

Tillerson yang mengetuai Jabatan Negara AS mempunyai pandangan berbeza dengan Trump berhubung banyak isu, daripada perjanjian nuklear dengan Iran hingga hubungan dengan Qatar.

Tillerson berpendapat perjanjian nuklear dengan Iran perlu dikekalkan dan dipatuhi manakala Trump dan penyokongnya mahu menamatkan perjanjian itu, dan kemungkinan memulakan tindakan terhadap Iran.

Trump pada tahun lalu menyokong tindakan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu mengenakan kepungan ekonomi dan diplomatik terhadap Qatar.

Menerusi dua tulisan ringkas di Twitter, Trump menunjukkan yang beliau bersetuju dengan dakwaan bahawa Doha melindungi pengganas dan wajar dikenakan tindakan.

Tillerson walau bagaimanapun kemudian menunjukkan sikap berbeza, dan mengatakan krisis diplomatik melibatkan negara-negara sekutu kuat AS itu sepatutnya segera diselesaikan kerana tidak menguntungkan sesiapa.

Baru-baru ini, BBC mendedahkan UAE melobi supaya Tillerson dipecat kerana tidak menyokong agenda negara itu dalam menghadapi Qatar.

Pendekatan Tillerson lebih cenderung kepada diplomasi dan kompromi, berbanding Trump yang agresif dan mahu segera bertindak berdasarkan keputusannya semata-mata.

Trump baru-baru ini mengumumkan tarif terhadap besi keluli dan aluminuim yang diimport, mencetuskan kebimbangan reaksi balas negara-negara lain yang boleh menyebabkan perang perdagangan.

Tindakan Trump ini ditentang oleh banyak pihak dalam pentadbirannya, termasuk Tillerson yang mendukung pasaran bebas.


Tillerson juga berbeza pendapat dengan Trump berhubung isu Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, NAFTA, yang kini merunding semula perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara jiran AS ini.

Tempat Tillerson di Jabatan Negara dijangka digantikan oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo yang berpendirian lebih selari dengan Trump dalam banyak isu termasuk sikap bermusuh dengan Iran.

Pendirian yang sama antara Rumah Putih dengan Jabatan Negara AS bakal memudahkan sebarang tindakan dasar luar diambil oleh Trump, termasuk mendorong tindakan ketenteraan ke atas Iran.

Pompeo berpendapat sama dengan Trump berhubung Korea Utara, menyalahkan pentadbiran terdahulu kerana didakwa gagal menghalang Pyongyang membina senjata nuklear.

Ketua CIA ini juga selain bersikap keras terhadap Tehran, juga merupakan penyokong kuat Israel.

Pendirian-pendirian Pompeo ini yang selari dengan agenda dasar luar Trump menimbulkan kebimbangan tindakan tergesa-gesa yang berisiko berlaku sekiranya disahkan sebagai setiausaha negara. – Mynewshub.cc/H

Kategori