Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kuala...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di Kampung Seri Sentosa, Kuala Selangor kekal...

UniMAP Disaran Wujud Program...

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan Universiti Malaysia...

Lebih 3/4 Staf SPAD...

BONGKAR... Laporan portal The Mole mendedahkan seramai 42 orang sahaja kakitangan daripada 350...

Kakitangan Kerajaan Rugi RM13,000...

KUANTAN - Seorang kakitangan kerajaan negeri kerugian RM13,000 selepas terperdaya dengan panggilan palsu...

TRX & Bandar Malaysia Bukti Kejayaan 1MDB

JOHOR BAHRU – Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mahu 1MDB diukur berdasarkan kejayaan syarikat milik kerajaan itu merealisasikan pembinaan dua projek meganya – Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Beliau berkata kedua-dua projek itu sekali gus menafikan segala tohmahan yang sering dilontarkan terhadap syarikat berkenaan selama ini.

“Masyarakat boleh melihat dan menilai sendiri pembangunan yang sedang giat berjalan di sekitar TRX yang sehingga hari ini masih berjalan dan terus mendapat perhatian pelabur tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada program Diskusi 1Minda 1Bicara 1MDB, di sini malam tadi.

Menurut Arul Kanda walau apa pun fitnah, syarikat 1MDB tidak bangkrap dan masih berupaya membayar hutangnya serta membangunkan aset-aset yang ada.

“Sehingga kini kita telah berjaya menarik pelabur ke TRX seperti HSBC Bank Malaysia Bhd. yang bakal membina ibu pejabat terbesar di Asia Tenggara selain Prudential, Affin Bank Berhad, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya IMDB juga membelanjakan RM3 bilion bagi pembinaan infrastruktur di sekeliling TRX seperti pasar baharu untuk peniaga, dan pembinaan jalan terus ke lebuh raya utama seperti Terowong SMART, lebuh raya Maju (MEX) dan lebuh raya DUKE.


Beliau berkata nilai aset milik 1MDB ketika ini juga sebanyak RM43 bilion, melebihi nilai hutang semasa yang berjumlah RM31 bilion, dengan majoriti aset tersebut merupakan sektor hartanah yang dilihat mempunyai jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang syarikat berkenaan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori