Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pesakit Kronik Digalak Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui...

Enggan Bayar Wang Perlindungan,...

KUALA LUMPUR - Sebuah premis menjual kereta import terpakai musnah dipercayai dibakar kumpulan...

Kedutaan Argentina Mohon Bantu...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Argentina di Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan...

Boy Iman Dari Kaca...

SUSULAN penahanan Datuk Boy Iman (DBI) atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman...

Tse Yang Pasang Impian Bermain Di Liga Malaysia

SEPERTI sudah menjadi satu trend, arena bola sepak negara kini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemain kacukan memiliki darah Malaysia yang turut didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam liga Malaysia.

Justeru, kesemua pemain kacukan seperti, Brendan Gan, Junior Eldstal, Natxo Insa, La Vere Corbin-Ong dan Darren Lok layak bermain mewakili pasukan kebangsaan Malaysia di pentas antarabangsa.

Apa yang ingin ditekankan di sini, lambakan pemain kacukan ini ternyata memeriahkan dan secara tidak langsung menguatkan lagi pasukan kebangsaan negara.

Namun, dalam kita mengharapkan bantuan pemain-pemain ini untuk meningkatkan prestij bola sepak negara, pemain tempatan sedia ada tidak sepatutnya disisihkan hanya untuk memberi ruang kepada pemain luar ini.

Dalam lambakan pemain kacukan ini, kita sebenarnya mempunyai pemain yang berkelana ke luar kerana tidak mendapat peluang di sini.

Bekas penjaga gol skuad Olimpik 1972, Wong Kam Fook, mempunyai seorang anak yang berbakat besar dalam bidang bola sepak, Wong Tse Yang, yang kini beraksi bersama pasukan HKSL BC Rangers di liga utama Hong Kong.

Tse Yang yang juga bermain posisi penjaga gol seperti ayahnya memiliki ketinggian 189 sentimeter, hampir sama dengan penjaga gol bertaraf dunia seperti David De Gea dan Ederson.

Perkara itu pastinya memberikan kelebihan buatnya mengawal gawangnya daripada dibolosi sekiranya beraksi di Liga Super Malaysia yang rata-rata penjaga golnya mempunyai ketinggian tidak sampai 185 sentimeter.

Menurut bapanya yang juga merupakan legenda bola sepak negara, anaknya kini memasang impian beraski di liga Malaysia selepas mengikuti rapat perkembangan bola sepak negara dan melihat perubahan yang dibawa Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Biarpun keluarga saya kini menetap di Hong Kong, kami anak beranak sentiasa mengikuti rapat perkembangan bola sepak Harimau Malaya dan Liga-M.


“Walaupun dia (Tse Yang) lahir di China, memang hasratnya untuk menabur bakti buat pasukan Harimau Malaya dan mengikut jejak saya ketika membantu Malaysia beraksi di Sukan Olimpik,” katanya memetik BH Online.

Kam Fook, yang menjadi antara pemain terawal negara yang beraksi di luar negara dari 1972 hingga 1984, berkata bahawa dia pernah membawa anaknya kembali ke Malaysia untuk beraksi dalam liga sosial.

“Ketika dia berusia 19 tahun pada 2011 lalu, saya pernah membawanya pulang dan bermain untuk pasukan Perak China dalam pertandingan Piala FA China. Tetapi pada masa itu tiada pasukan yang nampak bakatnya.

“Selepas itu kami balik ke Hong Kong dan saya memutuskan untuk melatihnya sendiri. Sekarang permainannya semakin matang dan dia banyak mendapat tawaran di sini (Hong Kong),” tuturnya.

Namun, jelas Kam Fook dia dan anaknya kini ingin membuka lembaran baru dengan melebarkan sayap ke liga luar Hong Kong, dengan fokus utama adalah untuk mencuba nasib di Malaysia.

Ujarnya, impiannya sejak dahulu adalah untuk menyaksikan anaknya beraksi untuk pasukan negara di masa hadapan.

“Kalau ada peluang, sudah tentu saya mahu melihat dia bermain untuk skuad kebangsaan,” kata Kam Fook.–MYNEWSHUB.CC/EZ

 

Kategori