Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Betapa Hinanya Mahathir Di...

KUALA LUMPUR - "Maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr. Mahathir Mohamad di...

Hormati Keputusan Jailani Letak...

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif...

Maut Ketika Jalani Rawatan...

EQUADOR – Seorang ratu cantik remaja, Catherine Cando, meninggal dunia dalam keadaan tragik...

Kanak-Kanak Sakit Leukemia Ditinggalkan...

KANAK-KANAK ini bukan sahaja terpaksa bertarung dengan penyakit leukemia yang dialaminya tetapi dia...

Tujuh Pemimpin Sabah Dilantik Ke Kabinet Najib

TUARAN – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau memberikan perhatian yang amat serius terhadap kepentingan rakyat Sabah dan pembangunan di negeri itu.

Menurutnya, beliau merupakan Perdana Menteri pertama yang melantik tujuh pemimpin dari Sabah menganggotai Kabinet Persekutuan, sekali gus merupakan sejarah bagi negara ini.

“Saya cukup beri perhatian berat kepada orang Sabah. Contoh­­nya banyak. Tak pernah dalam Kabinet Persekutuan, tak pernah dalam sejarah, tujuh orang menteri berasal dari Sabah.

“Saya kira dalam masa lebih kurang lapan tahun ini, saya telah melawat Sabah lebih kerap daripada seorang yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun,” katanya ketika berucap dalam majlis tinjauan projek Jalan Telipok-Kiulu-Randagong di Kampung Pukak, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Najib berkata, sebagai pene­raju kerajaan Barisan Nasional (BN), perhatian kepada rakyat Sabah adalah manifestasi kepada pendekatan kerajaan BN yang sentiasa menepati apa juga dijanjikan kepada rakyat.

Kata beliau, apa yang dilakukannya untuk Sabah dan juga negara ini bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi sebagai asas untuk melonjakkan lagi Sabah dan negara amnya ke tahap yang lebih maju.


Najib juga mengulangi janjinya untuk mengembalikan apa juga hak rakyat Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, Perdana Menteri menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya negara ini muflis kerana sekiranya perkara tersebut benar, mana mungkin kerajaan mampu melaksanakan projek-projek bernilai berbilion ringgit seperti Lebuh raya Pan Borneo di Sabah.

“Negara muflis boleh bina Le­buh raya Pan Borneo bernilai RM18 bilion dari Sindumin, Sipitang hingga ke Tawau sepanjang 1,200 kilometer tanpa tol?” soalnya.

Mengenai peruntukan terbaharu diluluskan kepada kawasan Parlimen Tuaran, Najib berkata, sebanyak RM2.2 juta diluluskan untuk masjid dan surau dan RM2.5 juta lagi untuk dewan Ge­reja St. John Tuaran.

Katanya, kerajaan juga akan menaik taraf jalan sepanjang 22 kilometer di kawasan Parlimen Tuaran selain akan menyediakan peruntukan untuk pengukuran tanah adat di kawasan berkenaan dalam penggal kerajaan akan datang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sabah

Kategori