Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Syarikat Didakwa Gagal Kemuka...

GEORGE TOWN - Sebuah syarikat dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Berbasikal Maut: Pemandu Bukan...

JOHOR BAHRU - Polis menafikan pemandu wanita yang merempuh lapan remaja lelaki berbasikal...

23,808 Anak Penyu Dilepaskan...

SANDAKAN - Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran berjaya memungut 30,860 telur...

Ijezie Idam Jadi Penjaring...

KUALA LUMPUR - Penyerang Kelab Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC), Michael...

Tunggang Motosikal Roda 3 Pun Boleh Jatuh Laut

SAMA ADA nak gelak ataupun kesian selepas sebuah motor roda tiga yang diubah suai digunakan untuk mengangkut barang telah terbabas masuk ke dalam laut semalam.

Bagaimanapun nasib penunggang motosikal yang dirahsiakan identitinya itu terselamat kerana mangsa sempat melompat dari motosikal ketika insiden meletus di di Jeti Kampung Juara, Pulau Tioman, Pahang.

Saksi kejadian, Saiful Faidhi Ab Razib, 25, berkata, insiden tersebut berlaku ketika penunggang berkenaan mahu mengambil barang daripada feri kargo yang menghantar barang di sebuah jeti.

“Pekerja resort tu dah beberapa kali ulang-alik mengambil barang, tapi tak sangka pula kali ini dia boleh terbabas dan langsung jatuh ke dalam laut.

“Nasib baik dia sempat selamatkan diri dan tak jatuh bersama motosikal. Lepas tu beberapa orang tolong dia tarik motosikal tu ke pantai sebelum dihantar ke bengkel,” katanya kepada akhbar tempatan.

Sumber: Sinar Harian

Menurutnya lagi, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko ini kerana penghadang jeti tersebut telah rosak dan sehingga kini masih belum dibaiki.

Dalam perkembangan lain, insiden ini adalah kes kali kedua berlaku yang melibatkan kemalangan motosikal jatuh ke dalam laut.


Insiden pertama pernah berlaku melibatkan orang kampung yang bersiar-siar menaiki motosikal di jeti sebelum mereka terjatuh.

Bagi penunggang motosikal, dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal tidak kira apa jua keadaan sekalipun.

Hebat bagaimana pun anda menunggang motosikal, jangan sampai nyawa anda dan orang lain turut melayang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori