Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SPAN, JAS Siasat Insiden...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan...

Jalan Batang Kali-Genting Djangka...

TANAH MERAH : Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor yang berlaku insiden tanah runtuh...

Sultan Johor Minta Keputusan...

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, meminta semua pihak supaya menghormati...

Zahid Md. Arip Politikus...

DALAM politik, istilah paling hina ialah politik katak. Istilah ini merujuk kepada ahli...

Ude ‘Backup’ Izreen, Mahu Intan Hentikan Drama?

APABILA sudah bercerai baru nak buka mulut… Tapi waktu masih bersama, diam seribu bahasa pula.

Selepas melafazkan cerai talak satu terhadap bekas isterinya, iaitu Intan Liana Saleh, hari ini pemuzik bebas, Ude Wahid mula membuka mulut menafikan dakwaan tentang isu rumah tangganya itu.

Ude memberitahu pihak media bahawa terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh bekas isterinya pada 28 Februari itu adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya juga, keretakan rumah tangga mereka yang telah dibina sejak lima tahun dulu sudah mula goyah selepas usia perkahwinan menjangkau tahun ketiga iaitu sebelum dia mengenali isteri keduanya yang merupakan seorang pelakon, Izreen Azminda.

Bukan itu sahaja, Ude turut mendakwa bahawa Intan sendiri sudah mengetahui punca sebenar yang membawa kepada permasalahan rumah tangga mereka kerana hal itu pernah dibincangkan beberapa kali sebelum lafaz cerai dibuat.

“Apa yang Intan keluarkan kenyataan mengatakan yang dia tidak tahu punca sebenar penceraian itu adalah pembohongan semata-mata.

“Dia tahu puncanya. Rumah tangga kami sudah mula bermasalah sejak dua tahun lalu. Sebelum saya mengenali Izreen lagi.

“Kami juga sudah beberapa kali bincang perkara ini dan mengambil keputusan bersama untuk bercerai,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Dalam masa yang sama, Ude yang merupakan salah seorang pemuzik sewaktu konsert Gegar Vaganza musim keempat itu juga menegaskan bahawa masalah rumah tangga mereka tiada kena mengena dengan Izreen.

Selain itu, Ude turut memohon agar Intan menghentikan segala drama air mata yang dilakukannya sejak isu rumah tangga mereka mendapat liputan media.

“Izreen tidak bersalah dalam hal ini dan dia juga tidak ada kena mengena dengan masalah rumah tangga kami.


“Berhenti salahkan Izreen. Saya mohon Intan hentikanlah drama air mata,” tambahnya lagi.

Sebagai bekas isteri, Intan memberitahu bahawa dia langsung tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas suaminya itu.

Malah, dia turut menganggap bahawa jodohnya bersama dengan Ude berakhir hanya disini sahaja dan akan menerima segala takdir yang telah ditentukan secara berlapang dada.

“Saya reda dengan takdir yang Allah tentukan untuk saya dan terima jodoh saya sampai di sini. Saya tidak marahkan Ude atas apa yang berkaku ini.

“Saya baik-baik saja. Malah pihak keluarga saya juga menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” ujar Intan.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga memberitahu bahawa selepas sini, Ude bebas untuk mmebawa anak-anak ke mana sahaja bersamanya tetapi dia tetap akan menfailkan penjagaan sepenuhnya serta beberapa tuntutan lain.

Izreen dan Ude telah selamat bernikah pada 8 Ogos tahun lalu tetapi perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan atas permintaan pemuzik bebas itu.

Kini, Ude sudah menjadi milik Izreen Azminda sepenuhnya tanpa bimbang perlu berkongsi kasih dengan wanita lain. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori